Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Utamakanlah sumber semulajadi dan makanan sunnah, lebih berkat dan mendapat pahala menggunakannya, Insya Allah. Tidak berputus asa untuk terus mencari ubat yang serasi, kerana di sekeliling kita terlalu banyak rahsia tersembunyi yang tidak diketahui.
Monday, 5 March 2012
PENJAGAAN MATA
Jika anda ingin menjaga kualiti penglihatan yang baik berikut adalah tips yang dapat membantu anda memelihara mata anda.
1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.
2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.
3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.
4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.
4. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
5. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.
6. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.
7. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.
HILANGKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT-UBATAN
Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:
1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.
2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).
3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.
4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.
5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.
Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:
Tips Hilangkan Sakit Kepala 1
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan
Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.
Tips Hilangkan Sakit Kepala 2
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya
Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam
Tips Hilangkan Sakit Kepala 3
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni
Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
- Amalkan 2-3 hari.
Tips Hilangkan Sakit Kepala 4
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri
Cara-caranya:
- Senaman ringan.
- Duduk dan luruskan kaki.
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.
Tips Hilangkan Sakit Kepala 5 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk)
Bahan-bahan:
- Laptop
Cara-caranya:
- Login facebook
- Lihat ruangan chat
- Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang
TANDA-TANDA SAKIT DARAH TINGGI
Apakah itu Hypertensi / Tekanan Darah
Tinggi?
Jantung anda bertugas
sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan
tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi
setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.
Adalah mustahak untuk
anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah
anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi tidak
menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi /
Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan
darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit
luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan
penyakit jantung.
Apakah kesan hypertensi / tekanan darah
tinggi?
Diantara kesan
Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi adalah:
~ Rasa tidak sihat
yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan
kerja anda.
~ Sukar memiliki
polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi.
Apakah penyebab Hypertensi / Tekanan Darah
tinggi?
90% penyebab sebenar
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah
akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
Sebab yang tidak diketahui (90%)
Sebab sekunder
(10%)
Penyakit buah
pinggang
Penyakit sistem
endokrin
Penyakit pembuluh
darah
Adakah Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari
ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa
anda mengidap Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan
mewarisi penyakit Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang
dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin
mendapatnya.
Faktor Risiko Hypertensi / Tekanan Darah
Tinggi
Faktor risiko yang
menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
Cara hidup tidak
aktif
Umur melebihi 35
tahun
Merokok
Kegemukan
Paras kolesterol
tinggi
Sejarah
keluarga
Pengambilan alkohol
yang berlebihan
Pengambilan garam
yang tinggi
Tanda dan
Gejala
Pengidap Hypertensi / Darah Tinggi kebanyakkannya tidak
mengalami sebarang gejala. Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala
yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala. Sakit kepala boleh
berlaku dalam kes Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di
waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap
keterukan Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi)
Untuk memastikan atau
mengesahkan Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda
di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu
memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan
tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Apakah komplikasi (kesan buruk akibat penyakit)
Hypertensi /
Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan
kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara
komplikasi / kesan akibat penyakit Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi adalah
seperti:
Otak
~ Serangan Stroke /
Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic
Attack)
Penyakit jantung seperti :
~ Coronary Heart
Disease
~ Congestive Heart
Failure
~ Left Ventricular
Hypertrophy
Komplikasi pada mata
Perdarahan dan
kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
Keadaan yang dikenali
sebagai Hypertensive Retinopathy
Komplikasi pada buah pinggang
~ Kegagalan fungsi
buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria,
Proteinuria).
Peripheral vascular disease seperti
:
~ Aneurysm
~ Kehilangan satu
atau lebih denyut nadi
Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap
penyakit Hypertensive / Tekanan Darah Tinggi?
Hypertensi / Tekanan
Darah Tinggi anda boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan, seperti :
Perlu mengubah amalan
cara hidup anda
Amalkan permakanan
sihat
Kurangkan pengambilan
garam dan kolesterol
Melakukan senaman
berkala
Kurangkan berat badan
jika berlebihan
Atasi tekanan secara
berkesan
Berhenti
merokok
Kategori tekanan
darah normal / optima
Galakkan amalan Gaya
Hidup Sihat
Dapatkan nasihat
untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
Pra Hypertensi :
Amalkan gaya
hidup sihat
Dapatkan nasihat
untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
Periksa semula
tekanan darah anda dalam masa setahun
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
:
Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama.
Anda perlu mengubahsuai gaya hidup, seperti :
Amalkan pemakanan
sihat
Kurangkan pengambilan
garam dan kolesterol dalam makanan
Lakukan aktiviti
fizikal yang teratur
Kurangkan berat badan
jika berlebihan
Atasi tekanan secara
berkesan
Berhenti
merokok
Periksa semula
tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi / Tekanan Darah
Tinggi.
Jika anda disahkan mengidap Hypertensive / Tekanan Darah
Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan :
Dapatkan keterangan
lanjut berkaitan Hypertesion / Tekanan darah tinggi
Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat
2
Gabungan rawatan
tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi /
Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Amalkan gaya
hidup sihat
Berhenti
merokok
Mematuhi pengambilan
ubat dan rawatan susulan
Pengesanan komplikasi terutamanya :
* Jantung
* Ginjal
* Mata
* Dapatkan keterangan
lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Subscribe to:
Posts (Atom)