Tuesday 21 February 2012

INFO MENGENAI NESCAFE

MUNGKIN anda gemar menikmati secawan kopi atau nescafe setiap pagi atau anda membancuhkannya setiap malam.Kesan pengambilan kafein pada setiap individu berbeza. Bagi kebanyakan doktor perubatan pula, mereka menyarankan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi patut mengurangkan pengambilan kafein. Walaupun dalam jumlah sedikit atau sederhana belum dapat dibuktikan boleh mengganggu bayi, tetapi yang selalu ditegaskan dalam kebanyakan kajian, kafein boleh memburukkan masalah jantung atau saraf.

Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan)."Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya.

Difahamkan meminum kopi lebih dari­pada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik. Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.


Kesan pengambilan kafein yang sedikit:
1.Mengganggu corak tidur.

2.Meningkatkan degupan jantung.

3.Meninggikan tekanan darah.

4.Kerap membuang air kecil.

5.Tangan terketar-ketar perlahan.

6.Kurang selera makan.


Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak:
1.Resah dan gelisah.

2.Sukar menumpukan perhatian.

3.Sakit kepala.

4.Sukar tidur.

5.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.

Kafein dalam pemakanan: Secara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 peratus).

Fakta: KafeinKafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness).

Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan.

Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mg
Teh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg


Nescafe 3 in 1 penyebab sakit buah pinggang?
 Antara yang dikesan adalah:

1. Kerap berdebar tidak tentu masa.

2. Bila jantung berdebar berlaku, diikuti dengan dahi berpeluh.
3. Kerap merasakan kesakitan pada dada.
4. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
5. Semakin tak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan kalau kena panas, badan akan berpeluh dan tidak selesa.
6. Tapak tangannya basah.

Nescafe 3 in one adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)"

Tips untuk merawat:


1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, nuget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecahtanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari..
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.




Thursday 16 February 2012

PETUA KURANGKAN BERDENGKUR

Apa itu Berdengkur?


Berdengkur ialah bunyi bising semasa bernafas, di mana sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang itu tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.


Sebab-Sebab Berdengkur


1. Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.

Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak


2. Tisu tekak yang besar dan tebal.

Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar akan mudah berdengkur.


3. Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.

Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.


4. Saluran pernafasan tersekat.

Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan  mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam danmengakibatkan dengkuran.


5. Batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.


Komplikasi


Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil ‘sleep apnea‘ iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. ‘Sleep apnea‘ boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.


Rawatan


Dengkuran yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah ‘sleep apnea‘.


Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam ‘makmal tidur’ perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.


Rawatan Untuk Dengkur


Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan “adenoid“. Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.


Petua untuk Mengurangkan Dengkuran


• Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan


• Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur


• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur


• Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat


• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari


• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang


• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.



Sunday 12 February 2012

PETUA SUPAYA MENDAPAT JODOH

Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.


1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman.


2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.


3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah orang sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.


4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah


5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.


6. Solat hajat 2 rakaat  Berdoa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggulah kehadiran orangnya (Tawakkal).


7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:


1. Seseorang yang berjihad dijalannya

2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya

3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya


8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.


9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling mudah;
Pembuka: Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala Saidina Muhammad.

Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa-apa saja bahasa yang anda mahir…

Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala Saidina Muhammad.


10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai, doa sajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.


12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.


Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja.


Allah SWT Maha Kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.


Friday 10 February 2012

PETUA UNTUK EYEBAG

1. Banyakkan minum air suam.

2. Ambil uncang teh yang telah di gunakan, tekapkan pada kedua-dua belah mata.
selama 20-30 minit.

3. Boleh juga guna hirisan timun atau tomato. Tekapkan pada kedua-dua belah mata seperti uncang teh.


Boleh pilih mana-mana satu yang anda rasa sesuai.

4. Boleh juga gunakan Cool Eye Pads. Ini bagi anda yang rajin bangun pagi. Ambil Cool Eye Pads, tekapkan pada mata selama 20 minit. Ia akan bagi kesegaran pada mata anda.

5. Gunakan Eye Cream. Kulit pada bahagian mata kita sangat sensitif. Saya biasa guna Garnier Eye Roller. Pakai setiap pagi dan petang.


6. Boleh juga guna concealer untuk menutup eyebag.




7. Tidur yang cukup juga dapat menghilangkan eyebag. Jadi pastikan anda tidur dengan secukupnya setiap hari.

8. Kurangkan makanan pedas dan berempah.

PETUA MENGHALAU TIKUS

Petua Halau Tikus 1
Guna daun semambu(daun untuk hilangkan demam campak)

Petua Halau Tikus 2

Daun Durian Belanda.
Letakkan beberapa helai daun durian belanda di tempat yang selalu terdapat tikus.Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. InsyaAllah, tikus tidak akan datang lagi.

Petua Halau Tikus 3

Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. biarkan di dapur sampai kering dekat dapur tu.

Petua Halau Tikus 4

Taburkan serbuk lada hitam ditempat ada tikus atau pada laluan tikus.

Petua Halau Tikus 5
Guna Daun duri semalu pun boleh halau tikus .

Petua Halau Tikus 6

Bela kucing 2 3 ekor.

Petua Halau Tikus 7
Gunakan produk Semburan Serai Wangi.






Wednesday 8 February 2012

SAKIT KEPALA DAN HIDUNG TERSUMBAT





Untuk menghilangkan sakit kepala, ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam.

Untuk menghilangkan hidung tersumbat :

  1. Ambil halia dan hiriskan atau nak lebih baik sagat halia
  2. Masukkan halia yang sudah dihiris atau disagat dalam segelas air panas (air jangan banyak sangat)
  3. Ambil tuala kecil/sapu tangan dan rendamkan dalam air halia tadi dan biarkan sehingga kira25 minit
  4. Perahkan tuala kecil/sapu tangan sikit (jangan perah sampai kering)
  5. Tekapkan pada bahagian permukaan lubang hidung dan sekitar mulut
  6. Tekapkan dan dalam masa yang sama, tarik nafas panjang-panjang ikut hidung.
  7. Selepas 4 – 5 minit, pasti hidung anda tidak akan tersumbat lagi.


Monday 6 February 2012

PETUA SUPAYA RAMBUT TIDAK CEPAT BERUBAN


1. Bancuh air asam jawa dan campur dengan santan, sapukan di kulit kepala dan biar beberapa minit, lama lagi bagus, lepas tu bilas. Seelok -eloknya buat sebelum mandi pagi. Insyaallah.
 
 
2. Keringkan biji betik yg masak , goreng tanpa minyak hingga hampir hangus,  tumbuk dan masak dengan santan pekat hingga jadi minyak. Guna minyak ni untuk sapu di rambut setiap hari.


Kedua-dua petua ni menggunakan santan. Santan memang bagus untuk rambut kalau nak rambut cantik dan hitam.

TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal bagi seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai. Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.
Tekanan Darah Rendah  =  Tekanan darah < 90/60 mmHg.


Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.


Cth:    115   ?  50      = tekanan darah rendah @   85   /   70  = tekanan darah rendah
(normal)    (rendah)                                                                 (rendah)     (normal)


Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup


PENYEBABNYA:


Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak  5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.


Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung,  serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.


Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.


Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing)  dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.


Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.


Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan  jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.


Jangkitan Yang Teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.


Tindak Balas Alahan Yang Teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.


Kurang Zat Dalam Diet: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.


Ubat-Ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah:
Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
Beta-blockers (ubat darah tinggi)
Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)


Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:
Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.


Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.


Petua Mengatasi Tekanan Darah Rendah


1. Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.


2. Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).


3. Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.


4. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.


5. Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.


6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.


Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.


Ubat-Ubatan:
Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.


Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.



Thursday 2 February 2012

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK TUBUH YANG SIHAT



Sebenarnya terlalu banyak produk-produk kesihatan yang menawarkan makanan kesihatan kepada masyarakat Malaysia hari ini. Dengan mencanangkan berbagai-bagai kebaikan atau khasiat yang dapat diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang membeli atau menggunakannya, ramai yang tertipu atau mengharapkan kesan serta khasiat segera apabila menggunakannya.

Golongan yang paling terkesan dengan iklan atau testimoni bagi sesuatu produk kesihatan adalah golongan wanita. Mereka sanggup membeli dengan harga yang mahal semata-mata ingin mendapatkan khasiat yang telah dicanang-canangkan itu.

Apakah definisi makanan tambahan?
Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.
Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut.
Anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan kesihatan. Pilihlah yang terbaik dan telah terbukti keberkesanannya kepada kesihatan penggunanya.
Beberapa panduan diperlukan untuk mereka yang gemar mencuba produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran.
  • Mengapakah anda perlu mengambil makanan tambahan?
  • Tahukah anda, apa yang terkandung dalam makanan tambahan itu?
  • Adakah produk makanan tambahan ini berisiko atau mengandungi kesan sampingan pada diri anda?
  • Apakah jenis-jenis makanan tambahan yang terbukti baik untuk kesihatan wanita?
Wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan memang perlu pada makanan tambahan iaitu zat besi. (ferrus sulphate / ferrus fumarate).
Oleh itu, mengambil makanan tambahan yang mengandungi zat besi amat perlu untuk mengelakkan kepucatan yang keterlaluan (anaemia).
Biasanya doktor yang merawat akan memberi preskripsinya untuk pesakit. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapati banyak produk-produk yang mengandungi zat besi dijual di farmasi.
Wanita sihat yang mengambil makanan seimbang tidak perlu pada makanan tambahan.
Kandungan sesuatu produk kesihatan perlu diteliti oleh anda untuk memastikan tiada mengandungi bahan yang tidak halal atau melanggar syara’ dan tidak memberi kesan sampingan kepada penggunanya.
Terdapat produk makanan kesihatan yang terbukti memberi kesan sampingan kepada pelanggan seperti spirulina kerana diketahui mengganggu pembekuan darah dalam badan.
Oleh itu, pesakit yang mengambil spirulina diarahkan oleh doktor menghentikan pengambilannya sebelum menjalani pembedahan.
Akhirnya, marilah kita fokus pada makanan tambahan yang telah terbukti menjadi penawar dan penyembuh serta merupakan sunnah Nabi s.a.w.
1) Air zam-zam
Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah zam-zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit”.
Ibnu Qayyum berkata, “Ketika berada di Mekah aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air zam-zam dan membacakannya berulang kali (dengan al-Fatihah). Kemudian aku meminumnya. Aku mendapatkan kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar banyak mendapat manfaat daripadanya.”
2) Khasiat buah kurma
Memakan kurma merupakan satu sunnah Nabi s.a.w. Setiap perbuatan Nabi s.a.w yang diikuti akan mendapat berkat dan ternyata sangat bermanfaat kepada manusia. Kandungannya yang tinggi khasiatnya serta kaya dengan protein atau serat, vitamin A dan C serta zat galian atau mineral seperti zat besi, kalsium, sodium dan potassium.
  • Protein: 2%
  • Serat: 4%
  • Gula: 50% – 57%
Kulit kurma baik untuk mencegah barah usus besar kerana boleh melawaskan pembuangan air besar.
Firman Allah s.w.t: “Lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur, di sana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari (buah-buahan) itu kamu makan.” (Surah Al-Mukminun, ayat 19)
Diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari dari terkena racun yang dimakan.
Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s di bawah pokok kurma, telah datang malaikat Jibril a.s menyuruh Maryam menggegarkan pohon kurma. Lantas memakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.
Seruan pada umat Islam supaya memakan kurma sebagai menggantikan makanan yang berkolestrol tinggi atau berkarbohidrat tinggi.
3) Khasiat Habbatus sauda’
  • Ciri kandungannya boleh meningkatkan imuniti.
  • Mengandungi omega 3,6,9 – nutrisi untuk sel otak untuk meningkatkan daya ingatan atau kecergasan.
  • Memperbanyakkan susu ibu.
4) Khasiat madu lebah
Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 68-69: “Dan tuhanmu mengilhamkan kepada lebah. Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia…”
Dari sudut saintifik, madu didapati mengandungi vitamin B1, B2, B3, vitamin C dan B6 (kandungan vitamin berubah mengikut kualiti madu bunga yang dihisap oleh lebah. Ia juga mengandungi mineral seperti tembaga, zink dalam jumlah yang kecil, magnesium, potassium, klorin, sulfur, zat besi dan phosphate. Ia juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh mengelakkan daripada menghidap penyakit kanser.
Walau apa pun makanan tambahan yang kita ambil, yang utama untuk ditekankan ialah pergantungan kita untuk lebih sihat dan cergas adalah hanya kepada Allah s.w.t dan mendapat keberkatan kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.