Friday 30 December 2011

PELBAGAI JENIS SCRUB ~ ATASI MASALAH KULIT

SCRUB merupakan satu salah rawatan kecantikan yang membantu menghaluskan kulit tubuh, membuang sel-sel kulit yang mati dan menjadikan kulit mulus. Bagi anda yang gemar dengan sesuatu yang semulajadi apa kata hasilkan sendiri scrub dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh di dalam rumah.

SCRUB UNTUK HALUSKAN KULIT.

Bahan-bahan :-

1 sudu besar garam

3 sudu besar mentega koko ( cocoa butter )

3 titis minyak lavender atau rosemary

CARA MEMBUAT :-


~ Campurkan dan kacau garam, mentega koko dan minyak lavender/rosemary sehingga sebati.

~ Sapu scrub pada bahagian yang di ingini dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit.

~ Apabila scrub mula berubah warna ( sel-sel kulit mati tanggal, bilas dengan air suam.

~ Scrub ini memerlukan beberapa minit bagi membolehkan ia menyerap ke dalam kulit.

~ Kandungan garam pada scrub ini baik untuk menanggalkan kulit mati dan mentega koko sangat baik untuk melembapkan kulit yang kasar.

~  Sesuai di gunakan pada bahagia tubuh yang kering seperti kaki, siku dan lutut. Namun hentikan pemakaian sekiranya terjadi iritasi atau kegatalan.


SCRUB UNTUK HAPUSKAN SELULIT

Bahan-bahan :-

3 sudu makan garam

4 sudu makan minyak bijan

1 sudu makan madu

10 titis pati buah anggur

CARA MEMBUAT :-

~ Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

~ Sapukan bahan tadi pada bahagian selulit dan urut bermula dari kaki, peha, pinggang, perut, lengan atau bahagian yang sering mengalami selulit.

~ Lebihan scrub boleh disimpan dan di gunakan semula. Pastikan di simpan di tempat tertutup.

~ Urut bahagian tubuh yang berselulit dengan secara membulat (circular motion) agar selulit pecah.


SCRUB UNTUK KULIT KERING

Bahan-bahan :-

3 sudu makan serbuk almond

3 sudu teh madu

3 sudu perahan limau

CARA MEMBUAT :-

~ Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.

~ Spukan pada bahagian yang di ingini tanpa urutan.

~ Biarkan selama 10 minit lalu bersihkan dengan gerakan membulat untuk membuang sel kulit mati secara perlahan-lahan.

~ Setelah itu bersihkan dengan air suam.

~ Serbuk almond memberikan sensasi scrub yang lembut di kulit. Manakala madu baik untuk kelembapan kulit dan limau baik untuk kehalusan kulit.













Thursday 29 December 2011

SAKIT TAPAK KAKI DAN TUMIT KAKI

Sakit tapak dan tumit kaki ini sering berlaku di kalangan ahli sukan dan orang yang berumur 40 atau 50 tahun ke atas.  Kadang-kadang tidak tahu puncanya. Tiba-tiba bila bangkit dari tidur atau dari tempat duduk, dan mula berjalan, sakitnya bagai dihiris pisau. Bila sudah lama berjalan sakitnya semakin lama semakin hilang.


Kenapa tapak kaki ini mejadi sakit?


Ia sakit disebabkan oleh urat pada tapak atau tumit kaki (planta fascia) menjadi radang (inflammed). Ini dikenali sebagai Plantar Fasciitis. Amnya ia disebabkan oleh kegunaan tapak kaki secara berlebihan dan membuatkan Plantar fascia menjadi tegang.


Faktor-faktor yang menyumbang kepada Plantar Faciitis.
  • Senaman yang berlebihan

  • Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia

  • Kencing manis senang merosakkan Plantar Facia

  • Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki.

  • Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.

Rawatan


  1. Rehatkan kaki sebanyak mungkin. Hindarkan berdiri atau berjalan tanpa sebab. Duduk jika ada peluang. Cara ini mengurangkan beban kepada kaki dan meredakan radang kepada Plantar Fascia.

  1. Bila bangkit dari tidur, sebelum mula berjalan, tegangkan tapak kaki 15-20 saat untuk 3 atau 4 kali. Memang terasa sakit sewaktu melakukan tersebut tetapi kurang rasa sakit bila mula berjalan.

  1. Meletakkan bungkusan ais dengan kain di tempat yang sakit selama 15 hingga 20 minit untuk 3 atau 4 kali sehari atau selepas aktiviti boleh meredakan kesakitan dan radang Plantar Fascia. Boleh juga dengan menggunakan botol air dari peti sejuk.

  1. Berjogging boleh digantikan dengan berenang atau berbasikal sebagai senaman.

  1. Penyokong tapak kaki boleh digunakan di dalam kasut untuk menghindarkan Plantar Fascia menjadi tegang sewaktu berlari atau berjalan.

  1. 6. Ubat anti-radang untuk menghilangkan sakit biasanya diberi juga oleh doktor.


  1. 7. Jika tiada perubahan biasanya doktor pakar akan memberi suntikan di tapak kaki.

PETUA TRADISIONAL :

Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.


Ambil garam kasar, goreng tanpa minyak dalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana. Apabila garam mulai panas, angkat dna bungkus dengan kain bersih. Gunakan untuk menuam pada tumit kaki yang sakit. Amalkan selalu.



Saturday 24 December 2011

TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT

Selain senaman perut, berikut adalah tips yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan perut buncit.

Mengurangkan Pengambilan Garam 


Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Minum Banyak Air


Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.


Makan Dengan Perlahan-lahan 


Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan


Pengambilan Serat


Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.


Awasi Ubat-Ubatan


Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit


Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.


Bersenam


Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

~ Minum teh suam tanpa gula yang di campur dengan limau nipis setiap hari.

~ Jangan makan sambil minum air.





Friday 23 December 2011

PETUA UNTUK SAKIT GIGI

Sakit gigi sangat menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

Pilihan 1:


Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.


Pilihan 2:


Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit. 2 hingga 4 jam.


Petua 3:


Ambil satu sudu teh garam dan masukkan ke dalam secawan air panas. Setelah garam melarut dan air menjadi suam, berkumur dengan air garam tersebut sehingga sakit gigi anda reda.


Petua 4:


Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.


Petua 5:


Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan. .


Petua 6 :


Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.


Petua 7 :


Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.


Petua 8:


Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.


Petua 9 :


Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.


Petua 10 :


Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.


Petua 11:


Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah.Kemudian getah tersebut dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas.Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.


Petua 12:


Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.


Petua 13:


Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.


Petua 14 :


Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.


Petua 15:


Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.


Petua 16:


Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.


Petua 17 :


Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.


Petua 18:


Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.


Petua 19:


Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut.Insyaallah berkesan .


Petua 20 :


Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.


Petua 21 :


Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.


Petua 22:


Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.


Petua 23:


Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut.


Petua 24 :


Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.


Petua 25:


Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.Mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.


Petua Menangani Sakit Gigi Berlubang 
Pilihan 1:
Tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
Pilihan 2:
Kunyah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
Pilihan 3:
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
 
Pilihan 4:
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
 
Pilihan 5:
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ke dalam gigi yang berlubang.





Thursday 22 December 2011

FAKTA MENAKJUBKAN MENGENAI WUDHU'

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu'


Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu'. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.


Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.


Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu' yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu' bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.


Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.


Hikmah Wudhu'


Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu' sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu', seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.


Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu' dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu' memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.


Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?


Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu' ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.


Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu' disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.


Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu' mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.


Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu' dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu' itu (ma’a akhir qathr al-ma’).


Wudhu' dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhu'nya.


Yang paling penting dari wudhu' ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.


Wudhu' sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu'. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu'.


Cara Wudhu' Rasulullah S.A.W


Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwudu'.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wudhu' .”
(Muslim )


Huraian


Wudhu' yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhu' itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.






Wallahu’alam….

PETUA UNTUK GASTRIK

Gastrik adalah penyakit yang menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri.

Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat.

Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus di ganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut.

1. Tetapkan waktu makan tengahari pukul  1. Jangan ubah-ubah.


2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.


3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau.


4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, pizza.
5. Elakkan makan terlalu KENYANG.


6. Elakkan cuka, makanan yang PEDAS.


7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.


8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung sebab makanan-makanan nie membuatkan perut berangin dan kembung.


9. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.


10. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

PETUA TRADISIONAL :


1. Susu kambing


Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.


2. Daun betik


Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.


3. Akar patawali


Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.


4. Selaput tunggul


Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.


5. Daun sembong


Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.


6. Daun mengkudu


Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.


7. Daun bunga lili


Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.







MINUM AIR, KENAPA PERLU 8 GELAS SEHARI?

 
 
Pada hakikatnya selain oksigen air merupakan bahan paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.
    
 
Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.
Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.
 
Air mempunyai peranan yang sangat penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

Jumlah air yang hilang sebagai peluh adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.
 
 
Kita biasa dengar dan diberitahu tentang betapa  pentingnya air, sehinggakan kita perlu ambil air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Namun, sedar dan tahukah kita mengapa kita disarankan sedemikian?

 
Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari. Ini bermakna kita harus minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar!


Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Kebiasaannya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice.



Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.



Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.



Namun, harus diingat..banyakkan minum air suam dan bukannya minuman yang manis!
 
 
 

Wednesday 21 December 2011

LICINKAN KULIT WAJAH

  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.

  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan bersih.

  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

  • Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 18 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 4 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.



PETUA MATA MASUK HABUK

1) MINTA TOLONG ORANG HEMBUS MATA.



Cara ini paling mudah tapi kurang selamat. Bila rasa mata macam ada habuk, suruh la orang terdekat hembuskan pada mata anda. Tapi pastikan dia bersih.

2) GUNAKAN AIR UNTUK MEMBUANG HABUK.



Rasanya cara inilah yang paling mudah. Cuma letak air dalam mangkuk, selepas itu kerdip-kerdipkan mata dalam air. Buat beberapa kali, insyaallah habuk itu akan hilang.

3) GUNA EYEMO.



Gunakan Eyemo pun selamat. Boleh beli di farmasi. Kemudian titiskan eyemo pada mata. Nanti hilanglah habuk tersebut.


PETUA UNTUK BUASIR

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran
di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


JENIS-JENIS BUASIR


Buasir dalaman


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


Buasir luaran




Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


PENYEBAB UTAMA BUASIR





  • Sentiasa duduk


  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)


  • Cirit-birit


  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama


  • Batuk yang teruk


  • Bersalin


  • Mengangkat benda berat



  • PENCEGAHAN


    Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
    • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
    • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
    • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
    • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
    Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.




    RAWATAN




    Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.
    Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.


    Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
    Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.




    Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
    Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
    Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
    Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.




    Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.




    Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya.


    Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.






    PENGURUSAN SENDIRI



  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari


  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.


  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.




  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).




  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.



  • KEPERLUAN AIR DALAM BADAN

    Air merupakan keperluan asas untuk kesihatan badan kita. Kehidupan tidak akan berlangsung tanpa air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas air sehari manakala kanak-kanak pula bergantung kepada umur, berat dan kegiatan fizikal mereka.

    Sepertimana yang kita tahu..70% daripada tubuh kita ada lah air dan air sangat lah penting untuk kita.

    waktu-waktu yang sesuai untuk minum air..

    SELEPAS BANGUN DARI TIDUR



    Minum dua gelas air masak -Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

    30 MINIT SEBELUM MAKAN





    Minum segelas air masak -Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

    SEBELUM MANDI





    Minum segelas air masak -Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.


    SEBELUM TIDUR





    Minum segelas air masak. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

    Monday 19 December 2011

    PETUA TANGANI RASA LAPAR

    Menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan.

    Anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya. Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi.

    Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda.


    Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?


    Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti ‘popcorn’, kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.
    Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar.

    Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.


    Sunday 18 December 2011

    PETUA KEJANG KAKI IBU HAMIL

    Kejang kaki biasa berlaku kepada ibu hamil pada trimester akhir kehamilan. Kadang=kadang ia berlaku di waktu malam dan ketika sedang tidur.

    Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki anda. Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

    Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan:

    • Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas)
    • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda,
    • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

    Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
    • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
    • Urut otot yang kejang.
    • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
    • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.


    Selain itu anda juga boleh mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:
    • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali  sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
    • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
    • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
    • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
    • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.


    Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan naishat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.




    Friday 16 December 2011

    PETUA MERAWAT PANAU

    Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.

    Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh. Bentuk bulat-bulat berwarna putih..


    Bermacam petua dicadangkan antaranya petua tradisional iaitu :

    Sapukan lengkuas atau bawang putih yang telah ditumbuk lumat ke kawasan kulit yang ada panau. Cara ini agak memedihkan terutamanya jika panau di kawasan muka. 


    Cara rawatan yang tidak pedih ialah menggunakan anti-kulat seperti berikut :

    Minyak kelapa dara atau
    minyak kelapa dara campuran dengan minyak habatus sauda 4:1.


    Sapukan di kulit dua kali sehari sehingga hilang. Dicadangkan sekurang-kurangnya selama 2 minggu walaupun ada kemungkinan panau akan hilang lebih awal lagi.


    Minyak kelapa dara antara manfaatnya ialah anti-kulat selain ia juga anti-virus dan anti-protozoa. Minyak kelapa dara adalah asid amino rantain sederhana (medium chain ) dan inilah memberikan ia sifat anti-kulat, anti-viral, anti-bakteria dan anti-protosoa.



    DOA PENGASIH

    Firman Allah SWT maksudnya :





    "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

    Firman Allah SWT maksudnya :



    "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)


    Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih, tunang atau suami anda, bacalah kedua ayat ini.

    Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.