Friday 2 December 2011

PETUA UNTUK GOUT

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia . Penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an.


Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh.


Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh.

PANTANG LARANG :

1.Jangan minum jus buah dan vitamin C
dalam jumlah yang banyak.


2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan
semua kacang bergaram.


3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk
kering seperti asam boi dll.



4. Elakkan memakan mi segera seperti mee
maggie



5. Elakkan makan makanan ringan seperti
chikadees dll, makanan segera (fast food)
seperti KFC, Mc Donald, burger dll.


6. Elakkan memakan mi kuning dan roti
canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti
 dan roti canai dengan capati dan tosei)


7. Elakkan Nescafe, sunquick dan segala
minuman berperisa


8. Elakkan minum teh kedai kerana ia
adalah  semata-mata dibuat dari bahan
kimia pewarna dan perisa


9. Elakkan coklat dan minimakan air milo.
Gantikan dengan horlick.


10. Elakkan mengambil sebarang air
minuman bergas.


11. Elakkan mengambil jambu batu atau jus
jambu batu


12. Kurangkan pengambilan durian,
rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing
siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)


13. Elakkan tembikai dan tembikai susu

14. Kurangkan pengambilan kerang, ketam,
udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan
jangan kerap mengambilnya.
15. Kurangkan mengambil ayam daging
kerana mengandungi beta agonist dan
pelbagai hormon penggemuk.


16. Elakkan makan buah oren seperti oren
sunkist, air limau seperti air teh O limau.
17. Elakkan makan cendawan dan produk
cendawan termasuk ubat ganoderma
18. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan
sembilang dan ikan pari.
19. Kurangkan makan makanan kari seperti
kari ikan dan daging.
20. Elakkan sayur kacang buncis, bayam,
petola dan bunga kubis


21. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi,
keledek, kentang dan ubi

22. Kurangkan pengambilan minyak kelapa
sawit.


23. Elakkan sayuran jeruk
24. Elakkan makanan dalam tin seperti
sardin dan buah-buahan bertin
25. Elakkan telur masin
26. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan
cuka makan asli dari apel hijau)
27. Elakkan pulut, keledek, kentang dan ubi.


28. Elakkan menahan terlalu lama daripada
membuang air kecil (tahan kencing)

29. Susu, yogurt, keju, kacang dan
kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
30. Kurangkan makanan bersantan
31. Kurangkan makanan yang mengandungi
bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan
dan termasuk ajinomoto

32.Elak makanan laut, daging merah seperti
daging lembu dan kambing

Beberapa petua untuk menghilangkan GOUT


1.  Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

2. Lalukan bahagian yang sakit itu dengan betik muda yang sudah dilayukan di atas api. Betik muda itu jangan sesekali dipotong dan dimakan kemudiannya. Betik dikatakan pantang besar kepada gout.

2. Makan nenas. Mungkin untuk tujuk detoks. Toksin kurang, asid urik pun keluar bersamanya.

3. Makan ubi kayu mentah. Ini petua orang asli.







No comments:

Post a Comment