Sunday, 18 December 2011

PETUA KEJANG KAKI IBU HAMIL

Kejang kaki biasa berlaku kepada ibu hamil pada trimester akhir kehamilan. Kadang=kadang ia berlaku di waktu malam dan ketika sedang tidur.

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki anda. Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan:

  • Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas)
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda,
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.


Selain itu anda juga boleh mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:
  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali  sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.


Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan naishat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.




No comments:

Post a Comment