Thursday, 22 December 2011

PETUA UNTUK GASTRIK

Gastrik adalah penyakit yang menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri.

Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat.

Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus di ganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut.

1. Tetapkan waktu makan tengahari pukul  1. Jangan ubah-ubah.


2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.


3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau.


4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, pizza.
5. Elakkan makan terlalu KENYANG.


6. Elakkan cuka, makanan yang PEDAS.


7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.


8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung sebab makanan-makanan nie membuatkan perut berangin dan kembung.


9. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.


10. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

PETUA TRADISIONAL :


1. Susu kambing


Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.


2. Daun betik


Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.


3. Akar patawali


Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.


4. Selaput tunggul


Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.


5. Daun sembong


Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.


6. Daun mengkudu


Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.


7. Daun bunga lili


Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.







No comments:

Post a Comment