Tuesday 31 January 2012

TURUNKAN PARAS KOLESTEROL

Paras kolesterol yang tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung anda. Selain dari mengurangkan memakan makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi, kolesterol yang sedia ada di dalam badan juga harus dikurangkan. Berikut adalah makanan yang disarankan untuk anda mengambilnya untuk membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan.


1. Ikan dan omega-3
Anda disarankan memakan ikan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antara ikan yang tinggi kandungan omega-3 nya adalah ikan tuna, tuna albacore, sardin, mackerel dan herring. Sebaik-baiknya ikan tersebut disediakan dengan cara dibakar, di panggang atau distim.

Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan tersebut dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu ia mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian mengejut.


2. Minyak zaitunMinyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi. Disarankan anda mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun sehari untuk mendapatkan manfaat darinya. Kandungan antioksidan yang terkandung di dalam minyak zaitun ini mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilihlah minyak zaitun yang tulin kerana diyakini ia mengandungi lebih banyak antioksidan yang baik untuk kesihatan.

3. Badam dan walnut

Kajian menunjukkan badam dan walnut mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana ia mengandungi asid lemak tak tepu yang tinggi. Asid lemak tak tepu ini dapat membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat dan elastik.

Secara umumnya kekacang mengandungi kalori yang tinggi. Dengan segenggam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada anda. Tetapi anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan kegemukan sekaligus meningkatkan risiko serangan jantung.

4. Gandum dan oat
Oat kaya dengan soluble fibre (serat larut) yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan najis. !0 gram lebih serat larut yang diambil setiap hari sudah mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut juga boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

INFO MENGENAI GLAUKOMA

Apa Itu Glaukoma ?

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang penglihatan tanpa disedari. Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kehilangan penglihatan / kebutaan kekal dapat dielakkan.

Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah mata.

Terdapat banyak jenis Glaukoma. Namun kebiasaannya, Glaukoma yang sering dihidapi pesakit adalah 'Glaukoma Sudut Terbuka'. Glaukoma jenis ini biasanya berlaku tanpa disedari oleh pesakit.

Bagaimana ia terjadi ?

Dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang berkitaran menerusi bahagian depan mata dan keluar melalui salur 'Canal of Schlem'.

Dalam Glaukoma, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan dirembeskan ke bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.

Apabila tekanan meningkat lebih dari paras biasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya ialah medan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.

Siapakah sasaran Glaukoma ?
  • Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
  • Umor 40 tahun ke atas
  • Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi
  • Pengambilan ubat Steroid
Apa Itu Glaukoma Kronik ?
Tanda-tanda :
  • Medan / ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan
  • Sakit kepala atau rasa senak pada mata
  • Buta tanpa sebarang tanda awal
Apa Itu Glaukoma Akut ?
Tanda-tanda :
  • Sakit mata secara tiba-tiba
  • Mata merah
  • Kabur penglihatan
  • Sakit kepala
  • Loya dan muntah-muntah
Apakah rawatannya ?
  • Ubat titis mata
  • Ubat Pil
  • Pancaran laser
  • Pembedahan
Apakah tindakan anda?
Dapatkan pemeriksaan Pakar Oftalmologi jika anda :
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma
  • Berumor lebih dari 40 tahun
  • Mempunyai tanda-tanda Glaukoma
  • Menghidap Diabetes / Darah Tinggi
PERINGATAN
RAWATAN DAN SUSULAN BAGI PESAKIT GLAUKOMA DIPERLUKAN SEUMUR HIDUP. PASTIKAN RAWATAN DIAMBIL MENGIKUT NASIHAT DOKTOR.
SAYANGILAH MATA ANDA





Sunday 22 January 2012

TIPS AWET MUDA CARA ISLAM





Sebaik sahaja bangun dari tidur,biasanya kulit wajah akn berminyak. Ramai yang tidak tahu bahawa ini lah masa yang terbaik untuk melakukan urutan wajah.

 

Urutlah sambil brselawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali .Gunakan jari telunjuk kedua-2 belah tangan & letakkan di bawah dagu. Mula memusingkan jari ke bahagian pipi, diikuti bahagian hidung dan seterusnya dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum sarapan pagi.

1. Sejurus bangun sahaja daripada tidur, amalan mmbaca doa adalah sangat afdal. Sebelum mengosok gigi, masukan air ke dalam mulut selama 10 saat & berselawat sebanyak 3 kali dalam hati. Jika dapat dibaca sekali ayat 35 hingga 38 surah AL-WAQIAH setiap kali mandi ( untuk curahan pertama sahaja). Mulakan dari bahagian kepala terlebih dahulu .
  1. Sebaik menunaikan solat Subuh, amalkanlah membaca surah Yusuf. Begitu juga dengan pengambilan air suam, seelok-eloknya 3 teguk. Kemudian lakukan senaman ringan sambil menghirup udara segar di luar.
  2. Amalan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dengan jari telunjuk sehingga kelingking seterusnya ibu jari . Di galakkan menanam kuku dan rambut yang di potong atau gugur.
  3. Ketika makan , jangan disulam dengan minum air. Sebaik-baiknya minumlah setelah setengah jam selepas makan. 
  1. Selain itu,rajinlah membaca Al-Quran dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Sentiasa menunaikan solat, di galakkan menunaikan solat tahajjud, memohon diri agar sentiasa tenang dan bersikap positif. Tiada dendam di hati dengan memaafkan semua orang sebelum tidur.



Saturday 21 January 2012

PETUA UNTUK JERAWAT

Jerawat merupakan salah satu penyakit kulit yang paling tidak disukai terutamanya oleh golongan wanita yang sangat-sangat mementingkan kecantikan. Adakalanya, kita telah mencuba pelbagai produk kecantikan dari yang murah hingga ke mahal, tapi tetap tidak berkesan untuk menghilangkan jerawat.

1. MENCUCI WAJAH 2 KALI SEHARI

 Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan kerana ia akan meningkatkan minyak "sobaceous" yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.


2. SESUAIKAN KOSMETIK DENGAN JENIS KULIT ANDA


Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera tumbuh pada wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.


4. Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau mandi, kerana bakteria sangat menyukai tempat yang lembab dan hangat.
5. MINUM AIR PUTIH


Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air secukupnya setiap sehari, kulit kita akan selalu  sihat.


6. GUNAKAN PELEMBAB KULIT


Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah-pecah. Namun pelembab disini bukan bererti pelembab yang berminyak..sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berasaskan air.


7. SELALU PASTIKAN KULIT WAJAH BERSIH SEBELUM TIDUR.


Selalu cuci muka anda sebelum tidur.


8.MAKAN SAYUR DAN BUAH.


sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita. Perbanyakkanlah makan sayur atau buah, terutama yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sihat, jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.


9. TIDUR YANG CUKUP DAN TERATUR.


Kulit juga sama seperti kita, perlukan rehat yang cukup. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Keranana apabila kita tidur, kulit akan  membuang racun yang berbahaya sehingga kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.


Cara menghilangkan jerawat diatas merupakan tips menghilangkan jerawat yang sangat mudah untuk diikuti. Jika anda melakukannya dengan teratur dan disiplin, wajah anda menjadi segar dan mulus.

PETUA TRADISIONAL :

1.Kuning telur


Cara penggunaanya: Ambil separuh kuning telur ayam dan campurkan dengan madu lebah kira-kira satu camca teh dan bancuh hingga telur kelihatan seperti masak. Sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas muka dengan air suam.


2. Belimbing buluh


Kisar belimbing buluh dan sapu ke seluruh wajah anda. Lakukan setiap malam sebelum tidur.


3. Limau nipis

Ambil sebiji limau nipis dan di belah dua. Gosokkan pada wajah setiap malam sebelum tidur. Anda akan berasa sedikit pedih pada wajah tetapi limau nipis sangat berkesan dalam mengawal pengeluaran minyak pada wajah.

4. Ubat gigi


Ubat gigi di sapu di muka sebelum masuk tidur. Jika jerawat anda membengkak, sebaik-baiknya picit dan keluarkan nanah yang terdapat pada jerawat tersebut dan sapukan dengan ubat gigi. Parut jerawat tidak akan kelihatan di muka.


5. Air teh


Air teh dibiarkan sejuk semalaman dan digunakan untuk membasuh muka. Amalkan setiap hari, Insya Allah, jerawat akan berkurangan.


6. Kacang hijau


Ambil satu sudu makan kacang hijau dan rebus. Masukkan satu camca gula, dua keping kulit kayu manis dan satu kuntum bunga cengkih. Amalkan sebagai minuman setiap hari selama seminggu atau sehingga jerawat hilang.


7. Madu lebah


Gunakan madu lebah asli untuk petua ini. Sapukan madu lebah pada bahagian yang ditumbuhi jerawat dan birkan selama selama 1 jam sebelum di bilas. Amalkan setiap hari.


8. Daun belimbing buluh


Ambil daun belimbing buluhkira-kira segenggam dan tumbuk hingga lumat, tambahkan sedikit air dan di tapis. Air daun belimbing buluh itu hendaklah dibancuh dengan bedak sejuk dan disapukan pada wajah setiap malam sebelum tidur.





Wednesday 18 January 2012

TIPS ELAK MENGANTUK DALAM KELAS

1. Bawa gula-gula getah dengan kuantiti yang mencukupi. Apabila lecture start jer, makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak mengantuk. Keberkesannya bergantung kepada individu.


2. Bawa bersama air masak (air mineral). Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Tengok orang cina, rajin bawak air, orang melayu memang jarang-jarang sekali nak bawak.


3. Bila mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! Pergi  ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak mengantuk dah lepas tu. Nak lagi bagus ambil Wudhu.


4. Kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tidur lebih lena.


5. Pergi ke kawasan yang bercahaya, kawasan yang bercahaya dapat menyegarkan mata kita. Boleh duduk bawah lampu, kalau suasana dalam kelas tu gelap.


6. Letakkan wangian aromaterapi.
Wangian aromaterapi boleh memberikan kita kesegaran yang kita perlu. Letaklah berhampiran dengan meja sebab bau yang segar tu boleh merangsang deria bau dan juga mengurangkan rasa mengantuk.


7. Buat senaman
Bila buat senaman badan dan otot kita akan bergerak. Jadi segala abdomen badan kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon dalam badan.


8. Pandang sekeliling
Jangan asyik fokus pada satu tempat , Papan hitan, papan putih memang dah ada di depan. Disarankan agar pandang lah sekeliling untuk hilangkan rasa mengantuk.


9. Banyakkan bertanya. Selain dapat elakkan mengantuk, akan menjadikan kita lebih cepat faham.






MENANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA




Tekanan kerja adalah salah satu situasi yang selalu dihadapi oleh para pekerja, terutamanya mereka yang bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, dengan hanya duduk di dalam pejabat. Jika tekanan ini dapat dikawal dengan bijak, maka para pekerja mampu meningkatkan lagi produktiviti kerja harian mereka.

Namun, situasinya berbeza di negara Malaysia. Kebanyakkan pekerja gagal untuk menangani tekanan kerja, dimana membawa kepada kes-kes jenayah besar khususnya bunuh diri (Self-suicide).
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (1996) mendapati kejadian bunuh diri merupakan antara kes jenayah yang tertinggi di Malaysia. Ia melibatkan 2,000 orang setahun. Ini bermakna, terdapat 7 kes bunuh diri yang dicatit setiap hari.
Hal ini disebabkan tekanan yang dihadapi oleh para pekerja, dimana membawa kepada sifat-sifat negatif seperti berikut:
  • Kemurungan
  • Panas baran
  • Lesu
  • Hilang tumpuan
  • Gelisah
Adakah kita, sebagai pekerja, boleh menghindari daripada terjerumus daripada tekanan kerja yang melampau?
Seperti yang dikatakan oleh Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya:
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan kerja. Namun ia bergantung kepada diri seseorang itu.

Cara #1 – Berdoa dan Melakukan Solat-solat Sunat

Bagi yang beragama Islam, kita digalakkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T, dan melakukan solat-solat sunat. Ini secara tidak langsung, mendekatkan diri kita dengan tuhan dan mengadu kepada-Nya, tentang masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Cara #2 – Ambil Cuti Bagi Melupakan Tekanan Kerja

Jika kita lihat situasi hari ini, para pekerja tidak begitu memanfaatkan setiap waktu cuti, yang telah diberikan oleh majikan. Kajian telah membuktikan bahawa, bercuti mampu mengurangkan tekanan kerja, seterusnya memberikan kelegaan kepada diri pekerja, meskipun ia untuk jangka masa yang singkat.
Bercuti tidak bermakna kita harus melaburkan sejumlah wang yang banyak, bagi pergi ke tempat-tempat pelancongan. Kita juga boleh beriadah bersama keluarga tersayang, di kawasan-kawasan taman, pada setiap hari minggu.

Cara #3 – Biasakan Diri Untuk Berkongsi Masalah

Dr Muhammad Muhsin menyatakan, berkongsi masalah juga merupakan salah satu cara mudah, untuk kita mengurangkan tekanan di tempat kerja. Perkongsian ini harus dilakukan, terhadap individu yang rapat dengan kita.
Sebagai contoh, suami, ibu bapa atau rakan sebaya. Sebaik-baiknya, berkongsilah di tempat yang tidak mempunyai begitu banyak gangguan. Ini bagi mewujudkan suasana tenang kepada diri kita, untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.


PETUA MENAMBAH BERAT BADAN

Dalam kehidupan masa kini.ada sesetengah orang yang risau apabila dirinya terlalu kurus. Sebab bila terlalu kurus ia senang mendapat penyakit,bukan orang yang terlalu berisi senang dapat penyakit,orang yang terlalu kurus pun mudah.Ia berlaku mungkin kerana genetik pada diri yang memang akan kurus,mungkin juga kerana masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan atau disebabkan jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengakap.

Jadi bagi yang kurus dan semakin risau kerana berat badan tidak seimbang dengan ketinggian, mungkin boleh cuba amalkan cara tertentu..antara perkara yang kamu boleh buat untuk berusaha menambah berat badan :

1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian

-gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti

2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari

-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari

-ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi

-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak.hindari makanan yang mengandungi banyak lemak

5.Melakukan senaman secara teratur

-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan

6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi

-ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia

-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan

8.Sokongan makanan tambahan

-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil.



Sunday 15 January 2012

GEMBIRAKANLAH HATI


Cuba kita fikirkan..betapa ramai orang yang kaya tetapi hati tidak tenang, di sini kita kupas kata kuncinya :


NIAT REDHA

USAHA POSITIF


NIAT.
Niat sangat penting. Dalam Islam, kalau berniat untuk berbuat baik sudah pun dapat pahala. Belum melakukan lagi, kalau kita buat mesti lagi berganda (dengan syarat ikhlas dan benar).


Kalau niat nak buat jahat, takde apa-apa yang dikira. Bila dah buat perkara jahat, baru ditulis satu kejahatan oleh 'Atid. Alangkah baiknya Allah.

Justeru itu niat sangat penting. Sebagai contoh : Bangun tidur, niat. Hari ni aku nak berubah. Aku nak gembira  dan boleh niat bermacam-macam lagi.

Nak keluar rumah, niat. Nak makan, niat. Nak pergi mana-mana, nak buat apa-apa, sentiasa perbaharui dengan niat. InsyaAllah kita akan rasa terpimpin. Termasuk bila nak tidur balik pun, sekurang-kurangnya ucapkanlah Alhamdulillah untuk hari itu, dan baca doa tidur.

REDHA.


Betapa ramai antara kita yang tidak berlaku adil, maksudnya tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adat sebagai hamba, mesti redha menerima apa saja ketentuan Allah. Sebab yang ada di dunia ni semuanya tidak kekal. Allah saja yang kekal. Tidak perlu menjadi hebat untuk orang lain. Sebab bila hubungan dengan Allah terjaga, hubungan baik sesama manusia akan datang dengan sendiri. InsyaAllah. Yang penting niat perlu betul. Tak perlu nak puaskan hati semua orang. Sentiasalah sabar dan bersyukur. Sebab kita ini memiliki dan dimiliki oleh Allah. Jadi, pulangkan apa saja kepada-Nya. Sebab memang semuanya datang dari DIA.

USAHA.


Usaha tangga kejayaan. Tiada usaha yang tidak memerlukan pengorbanan. Usaha sangat penting. Contohnya makan. Kalau makanan dah ada dalam pinggan, sudu pun dah tersedia, kita perlu berusaha untuk memasukkannya ke dalam mulut. Barulah tercapai matlamatnya. Macam kita manusia, Allah dah sediakan macam-macam kemudahan untuk kita gunakan. Kita ada keluarga, kawan-kawan, suasana yang membantu (InsyaAllah). Kita hanya perlu perlu berusaha, gunalah kudrat sendiri untuk mencapai semua itu. Allah akan membantu.


POSITIF.

Islam mengajar kita untuk bersangka baik. Dengan Allah dan juga dengan makhluk-Nya. Hatta serendah-rendah tingkatan dalam berukhuwwah adalah bersangka baik. Tetapi biasalah manusia ini selalu lupa.

Bersangka baiklah, kerana Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya. Allah yang punya Rahman dan Rahim, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada siapa yang dapat menyayangi dan mengasihi kita lebih daripada Allah. Maka ketahuilah ujian-ujian itu semua adalah warna-warni kehidupan yang Allah percikkan untuk kita. Katakanlah hidup ini seperti sebuah kertas putih, kan cantik kalau ada macam-macam warna.

Manusia ini ibarat kain yang dimasukkan ke dalam mesin basuh. Mengalami proses pembasuhan, penyabunan, pembilasan, pengeringan. Sakit sebenarnya kalau menjadi kain yang masuk dalam mesin basuh. Tetapi pada pengakhirannya, kain itu akan menjadi kain yang wangi dan bersih. Sama juga seperti manusia. Ujian-ujian yang ada adalah untuk menyucikan kembali diri kita. Agar kembali kepada fitrah. Agar jadi wangi dan bersih bila mengadap Allah InsyaAllah..

Oleh itu, janganlah terlalu fikirkan perkara yang tak sepatutnya. Bersikap adil lah pada diri sendiri.


Teruskan mengenal diri sendiri, agar lebih dekat dengan Pencipta diri. InsyaAllah.




Thursday 12 January 2012

PETUA DAN AMALAN MENGELAK GANGGUAN JIN, SYAITAN DAN SIHIR

Petua dan amalan untuk menghindar jin, syaitan dan sihir:
  1. Sentiasa berzikir kepada Allah
  2. Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca “Isti’azah” atau membaca “Basmalah”. Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).
  3. Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.
  4. Apabila masuk ke bilik gelap, sebutlah “Basmalah”.
  5. Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah “Basmalah”.
  6. Apabila terjun dari tempat tinggi, seubutlah “Basmalah”.
  7. Jangan kencing ke dalam lubang, kerana ia tempat tinggal jin
  8. Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
  9. Jangan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah diberi amaran selama tiga hari.
  11. Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.
  12. Mengamal bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, suran al-Nas dan ayat Kursi.
  13. Hidupkan suasana al_quran di dalam rumah.
  14. Menyebut zikir (لا إله إلا الله) seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membaca seratus kali:
    “Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”. maka antara fadilatnya ialah dipelihara daripaa syaitan pada hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari).
  15. Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf (118 – 119) dan surah Taha (69).
  16. Makan ubat tertentu seperti tamar (kurma). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari” (Mafhum hadis riwayat Bukhari).
Aisha r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w apabila mengadu sakit, baginda s.a.w akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan surah al-Nas kemudian membuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim)


Isti'azah
Surah Al-Ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;” “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;” “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;” “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Surah Al-Falaq

بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Surah Al-Nas

بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Ayatul Kursi

بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”
Surah A’raf (7:118 – 119)

بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya: “Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.”
Surah Taha (20:69)

بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya: “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.



Friday 6 January 2012

MADU LEBAH DAN KHASIATNYA




Firman Allah Ta’ala “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”(Surah An-NAhl: 69). Sabda Rasulullah S.a.w. “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” Riwayat Ibnu Majah.


Khasiat madu lebah memang banyak. Apabila seseorang sakit, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan ubat walaupun dengan harga yang sangat tinggi. Kadang-kadang sesetengah ubat yang diambil mencecah nilai ribuan Ringgit Malaysia. Yang mana ribuan RM itu jika dibeli madu lebah asli, ianya boleh menampung rawatan untuk tempoh beberapa tahun. Namun tidak ramai dikalangan masyarakat kita yang menjadikan madu lebah asli sebagai ubat utama dalam merawati penyakitnya walaupun madu lebah ini telah terbukti mengandungi nilai perubatan yang tinggi oleh pelbagai institusi.

Di Malaysia, banyak institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, UPM, UKM dan tak ketinggalan juga Jabatan Pertanian telah membuat pelbagai kajian tentang khasiat madu lebah ini. Sebagai contoh, kajian yang dibuat oleh USM ke atas khasiat madu lebah seperti:-


1- madu lebah boleh merawat ulser diabetes.


2- madu lebah boleh merawat lecur kebakaran.


3- madu lebah boleh merawat mukositis akibat radiasi.


4- madu lebah boleh merawat diabetes dan komplikasinya.


5- madu lebah boleh merawat osteoporosis.


6- madu lebah boleh melambatkan menopos.


7- madu lebah boleh merawat luka.


8- madu lebah boleh membekalkan tenaga dan menguatkan stamina.


9- madu lebah boleh meningkatkan tenaga batin bagi kaum lelaki dan perempuan.


10- madu lebah boleh merawat rabun penglihatan (rabun jauh)


11- madu lebah boleh melicinkan kulit dengan penyuburan sel kulit.


12- madu lebah boleh membantu penghadaman.


13- madu lebah boleh mengubati cirit birit (antibakteria)


14- madu lebah boleh mengurangkan berat badan dan mengurangkan kolestrol.


15- madu lebah boleh merawat penyakit jantung seperti lemah jantung dan saluran jantung tersumbat.


16- madu lebah boleh merawat dan mencegah kanser dll sempena jaminan Allah dalam AlQuran bahawa ianya penyembuh bagi manusia dengan izin Allah.


Madu lebah juga terbukti mampu memperbaiki dan mengaktifkan sel-sel dalam badan. Madu lebah boleh meperbaiki sel radikal bebas dalam badan yang mana sel elektron yang tidak berpasangan disebabkan oleh penyakit kronik yang merampas dan memusnahkan pasangan sel-sel tertentu yang akhirnya boleh mengurangkan kestabilan dalam organ badan seperti elektron tak berpasangan (e) menjadi sangat aktif.

Madu lebah boleh bertindak mengaktifkan oxygen spesis/ROS dan juga nitrogen spesis/RNS. Madu lebah juga boleh mengaktifkan elektromagnetik jantung yang boleh merawat serta mencegah jantung dari penyakit lemah jantung. Begitu juga, madu lebah boleh membantu pengaliran oksigen dalam darah ke jantung dan seluruh badan.


Madu lebah merupakan anugerah Allah kepada sesiapa yang mementingkan kesihatan dalam kehidupannya dan keluarga. Mengikut kajian yang dibuat oleh Jabatan Pertanian Malaysia, cuma 23% madu lebah dipasaran Malaysia yang asli. Selebihnya merupakan madu lebah tiruan dan madu lebah sintetik. Ini yang menjadikan masyarakat kita sentiasa dalam kebimbangan bila berhasrat membeli madu lebah dipasaran. Jika tersilap beli madu lebah tiruan, bukan ubat yang dimakan, namun mudarat yang diundang.

Memang terlalu susah nak bezakan madu lebah asli dengan madu lebah tiruan melalui kaedah biasa memandangkan madu lebah asli berbeza kandungan mengikut jenis pokok madu lebah itu berasal. Warna madu lebah juga mengikut umur madu tersebut dan mengikut jumlah propolis dalam madu lebah itu. Jika lebih banyak propolis dan lebih tua madu lebah itu, maka lebih pekat dan lebih hitam madunya. Begitu juga dari segi musim tuaian madu lebah juga diambil kira dari segi kecairan dan kepekatan madu lebah itu. Jika madu lebah itu dituai dimusim hujan, maka madu lebah tersebut lebih cair berbanding madu lebah yang dituai di musim kemarau.


Beberapa soalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat tentang madu lebah asli seperti:-


1- Adakah lebah peliharaan juga menghasilkan madu lebah Asli?


Jawapannya: Lebah yang dipelihara juga dikira madu lebah asli selagi mana ianya tidak dicampur dengan benda lain seperti air gula dan seumpamanya selepas tuaian.


2- Adakah lebah peliharaan yang diberi air gula juga dikira madu asli?


Jawapannya: Madu lebah yang diberi air gula juga boleh dikira madu asli jika cukup syaratnya namun kandungan zat dari pokok yang diambil oleh lebah mungkin tidak wujud. Namun ianya masih dikategorikan sebagai sebagai madu lebah asli yang rendah mutunya, namun jauh lebih baik dari madu lebah tiruan yang mengandungi 100% gula kasar. Sedangkan madu lebah yang diberi gula mengandungi gula kasar yang sedikit kerana lebah berfungsi menukar gula kasar kepada gula ringkas melalui enzim yang terhasil dalam perutnya.


3- Adakah madu lebah asli kampung lebih baik dari madu lebah asli peliharaan yang tidak diberi air gula?


Jawapannya: Madu lebah asli berbeza kandungannya mengikut jenis pokok yang diambil oleh lebah seperti madu dari pokok nenas, kelapa, getah, gelam dan madu hutan. Namun mengkut kajian dari HUSM, madu lebah gelam dan madu tualang hampir sama kandungannya. Disini boleh dibuat pertimbangan dari mana madu lebah kampung itu diperolehi. Adakah dikawasan pokok gelam, atau di kawasan pokok apakah? Namun yang perlu dipersoalkan ialah mcm mana kaedah perahan madu oleh penuai? Kebanyakan pencari madu kampung/hutan tidak mempunyai teknologi mengasingkan anak-anak lebah dari sarang dan perahan madu tersebut termasuk sekali dengan anak serta telur lebah. Ini boleh menyebabkan madu tersebut mempunyai rasa masam sedikit dan tidak boleh disimpan lama. Jadi disini mungkin boleh dikatakan bahawa madu lebah peliharaan yang tidak diberi air gula adalah lebih baik.


4- Yang mana lebih baik antara madu lebah asli jenis apis dorsata, apis mallifera atau apis cerana?


Jawapannya: Madu lebah adalah sama mengikut jenis spesis lebah samada madu lebah asli dari apis dorsata, apis mallifera atau apis cerana. Cuma yang membezakan kandungan nutrisinya ialah jenis pokok yang diambil madunya. namun ianya tidak jauh beza.


Terlalu banyak institusi dan universiti yang telah membuat kajian tentang khasiat madu lebah asli ini dan tidak boleh disangkal lagi bahawa AlQuran yang telah 1400 tahun lebih menceritakan kelebihan madu lebah asli ini.
Mengikut kajian yang dibuat oleh USM, madu lebah asli memang diakui mengandungi Antibakteria, Antifungus, Antivirus, Antioxidant, Anti-inflammatori, Antikancer, Analgesik, Antipyretik, Aphrodisiak, Antifertiliti, Anti-penuaan, Anti-diabetik, Antiseptik, Pengawet, meningkatkan imuniti dan mengurangkan kolestrol. Kandungan Anti-diabetik yang terdapat dalam madu lebah asli tersebut membolehkan pesakit kencing manis menggunakan madu lebah asli sebagai sumber gula dan sekaligus menjadi ubat yang paling mujarab. Pesakit kencing manis tak perlu risau untuk mengambil madu lebah asli sebagai makanan, namun yang perlu dirisaukan oleh mereka adakah madu yang diperolehi itu madu lebah asli atau sebaliknya.
Dalam madu lebah asli juga mengandungi Antioxidant dan Antikancer yang bertindak mencegah serta merawat sel-sel kenser dalam badan.

Bagi pengidap sakit kanser cubalah menggunakan madu lebah sebagai ubat yang pasti dijamin oleh Allah memang ubat kepada manusia. Adakah anda sanggup menukar ubat anugerah Allah ini dengan mengambil kaedah yang dikhuatiri mempunyai kesan sampingan yang tidak elok kepada kesihatan kita? Jangan lagi ada perasaan was-was tentang kelebihan madu lebah asli ini.


Banyak lagi khasiat madu lebah ini seperti Antibakteria, Antifungus, Antivirus, Anti-inflammatori, Analgesik, Antipyretik, Aphrodisiak, Antifertiliti, Anti-penuaan, Antiseptik, Pengawet, meningkatkan imuniti dan mengurangkan kolestrol.

Dari sini dapatlah kita menyebut Subhanallah betapa hebatnya Pencipta lebah yang begitu unik ini…Wallahua’lam..

PENYAKIT KAKI, TANGAN DAN MULUT DAN LANGKAH PENCEGAHANNYA.

Deskripsi

Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..

Penyebab


Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari ( Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997 .

Cara penyakit ini merebak


Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM


Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor - Faktor Risiko


Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Insidens


Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Tanda - Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak dan mulut
  • Sakit kepala
  • Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
  • Hilang selera makan
Komplikasi
  • Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.
  • Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti meningitis virus atau ensefalitis).
  • Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (myocarditis).
  • Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.


Ujian - Ujian

Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fisikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.
Pemantauan
Sila hubungi doktor jika :-


  • Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam
  • Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)
  • Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.
  • Kesakitan pada mulut semakin teruk.
  • Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Prognosis


Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Pencegahan


Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan.

Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

  1. Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan
  2. Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.
  3. Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.
  4. Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.
  5. Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
  6. Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.
  7. Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.
  8. Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.
  9. Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.
  10. Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.
  11. Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.
  12. Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.


Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-

Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula

Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.





TANDA-TANDA BERSALIN DAN PETUA MUDAH BERSALIN

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

  • keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

  • keluar darah dari vagina. : Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
















  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.


  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Sumber: Harian Metro


PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN

  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Petua Mudah Bersalin : Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


PETUA SELEPAS BERSALIN

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.