Tuesday, 31 January 2012

TURUNKAN PARAS KOLESTEROL

Paras kolesterol yang tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung anda. Selain dari mengurangkan memakan makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi, kolesterol yang sedia ada di dalam badan juga harus dikurangkan. Berikut adalah makanan yang disarankan untuk anda mengambilnya untuk membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan.


1. Ikan dan omega-3
Anda disarankan memakan ikan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antara ikan yang tinggi kandungan omega-3 nya adalah ikan tuna, tuna albacore, sardin, mackerel dan herring. Sebaik-baiknya ikan tersebut disediakan dengan cara dibakar, di panggang atau distim.

Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan tersebut dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu ia mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian mengejut.


2. Minyak zaitunMinyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi. Disarankan anda mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun sehari untuk mendapatkan manfaat darinya. Kandungan antioksidan yang terkandung di dalam minyak zaitun ini mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilihlah minyak zaitun yang tulin kerana diyakini ia mengandungi lebih banyak antioksidan yang baik untuk kesihatan.

3. Badam dan walnut

Kajian menunjukkan badam dan walnut mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana ia mengandungi asid lemak tak tepu yang tinggi. Asid lemak tak tepu ini dapat membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat dan elastik.

Secara umumnya kekacang mengandungi kalori yang tinggi. Dengan segenggam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada anda. Tetapi anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan kegemukan sekaligus meningkatkan risiko serangan jantung.

4. Gandum dan oat
Oat kaya dengan soluble fibre (serat larut) yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan najis. !0 gram lebih serat larut yang diambil setiap hari sudah mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut juga boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

No comments:

Post a Comment