Friday, 6 January 2012

MADU LEBAH DAN KHASIATNYA




Firman Allah Ta’ala “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”(Surah An-NAhl: 69). Sabda Rasulullah S.a.w. “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” Riwayat Ibnu Majah.


Khasiat madu lebah memang banyak. Apabila seseorang sakit, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan ubat walaupun dengan harga yang sangat tinggi. Kadang-kadang sesetengah ubat yang diambil mencecah nilai ribuan Ringgit Malaysia. Yang mana ribuan RM itu jika dibeli madu lebah asli, ianya boleh menampung rawatan untuk tempoh beberapa tahun. Namun tidak ramai dikalangan masyarakat kita yang menjadikan madu lebah asli sebagai ubat utama dalam merawati penyakitnya walaupun madu lebah ini telah terbukti mengandungi nilai perubatan yang tinggi oleh pelbagai institusi.

Di Malaysia, banyak institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, UPM, UKM dan tak ketinggalan juga Jabatan Pertanian telah membuat pelbagai kajian tentang khasiat madu lebah ini. Sebagai contoh, kajian yang dibuat oleh USM ke atas khasiat madu lebah seperti:-


1- madu lebah boleh merawat ulser diabetes.


2- madu lebah boleh merawat lecur kebakaran.


3- madu lebah boleh merawat mukositis akibat radiasi.


4- madu lebah boleh merawat diabetes dan komplikasinya.


5- madu lebah boleh merawat osteoporosis.


6- madu lebah boleh melambatkan menopos.


7- madu lebah boleh merawat luka.


8- madu lebah boleh membekalkan tenaga dan menguatkan stamina.


9- madu lebah boleh meningkatkan tenaga batin bagi kaum lelaki dan perempuan.


10- madu lebah boleh merawat rabun penglihatan (rabun jauh)


11- madu lebah boleh melicinkan kulit dengan penyuburan sel kulit.


12- madu lebah boleh membantu penghadaman.


13- madu lebah boleh mengubati cirit birit (antibakteria)


14- madu lebah boleh mengurangkan berat badan dan mengurangkan kolestrol.


15- madu lebah boleh merawat penyakit jantung seperti lemah jantung dan saluran jantung tersumbat.


16- madu lebah boleh merawat dan mencegah kanser dll sempena jaminan Allah dalam AlQuran bahawa ianya penyembuh bagi manusia dengan izin Allah.


Madu lebah juga terbukti mampu memperbaiki dan mengaktifkan sel-sel dalam badan. Madu lebah boleh meperbaiki sel radikal bebas dalam badan yang mana sel elektron yang tidak berpasangan disebabkan oleh penyakit kronik yang merampas dan memusnahkan pasangan sel-sel tertentu yang akhirnya boleh mengurangkan kestabilan dalam organ badan seperti elektron tak berpasangan (e) menjadi sangat aktif.

Madu lebah boleh bertindak mengaktifkan oxygen spesis/ROS dan juga nitrogen spesis/RNS. Madu lebah juga boleh mengaktifkan elektromagnetik jantung yang boleh merawat serta mencegah jantung dari penyakit lemah jantung. Begitu juga, madu lebah boleh membantu pengaliran oksigen dalam darah ke jantung dan seluruh badan.


Madu lebah merupakan anugerah Allah kepada sesiapa yang mementingkan kesihatan dalam kehidupannya dan keluarga. Mengikut kajian yang dibuat oleh Jabatan Pertanian Malaysia, cuma 23% madu lebah dipasaran Malaysia yang asli. Selebihnya merupakan madu lebah tiruan dan madu lebah sintetik. Ini yang menjadikan masyarakat kita sentiasa dalam kebimbangan bila berhasrat membeli madu lebah dipasaran. Jika tersilap beli madu lebah tiruan, bukan ubat yang dimakan, namun mudarat yang diundang.

Memang terlalu susah nak bezakan madu lebah asli dengan madu lebah tiruan melalui kaedah biasa memandangkan madu lebah asli berbeza kandungan mengikut jenis pokok madu lebah itu berasal. Warna madu lebah juga mengikut umur madu tersebut dan mengikut jumlah propolis dalam madu lebah itu. Jika lebih banyak propolis dan lebih tua madu lebah itu, maka lebih pekat dan lebih hitam madunya. Begitu juga dari segi musim tuaian madu lebah juga diambil kira dari segi kecairan dan kepekatan madu lebah itu. Jika madu lebah itu dituai dimusim hujan, maka madu lebah tersebut lebih cair berbanding madu lebah yang dituai di musim kemarau.


Beberapa soalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat tentang madu lebah asli seperti:-


1- Adakah lebah peliharaan juga menghasilkan madu lebah Asli?


Jawapannya: Lebah yang dipelihara juga dikira madu lebah asli selagi mana ianya tidak dicampur dengan benda lain seperti air gula dan seumpamanya selepas tuaian.


2- Adakah lebah peliharaan yang diberi air gula juga dikira madu asli?


Jawapannya: Madu lebah yang diberi air gula juga boleh dikira madu asli jika cukup syaratnya namun kandungan zat dari pokok yang diambil oleh lebah mungkin tidak wujud. Namun ianya masih dikategorikan sebagai sebagai madu lebah asli yang rendah mutunya, namun jauh lebih baik dari madu lebah tiruan yang mengandungi 100% gula kasar. Sedangkan madu lebah yang diberi gula mengandungi gula kasar yang sedikit kerana lebah berfungsi menukar gula kasar kepada gula ringkas melalui enzim yang terhasil dalam perutnya.


3- Adakah madu lebah asli kampung lebih baik dari madu lebah asli peliharaan yang tidak diberi air gula?


Jawapannya: Madu lebah asli berbeza kandungannya mengikut jenis pokok yang diambil oleh lebah seperti madu dari pokok nenas, kelapa, getah, gelam dan madu hutan. Namun mengkut kajian dari HUSM, madu lebah gelam dan madu tualang hampir sama kandungannya. Disini boleh dibuat pertimbangan dari mana madu lebah kampung itu diperolehi. Adakah dikawasan pokok gelam, atau di kawasan pokok apakah? Namun yang perlu dipersoalkan ialah mcm mana kaedah perahan madu oleh penuai? Kebanyakan pencari madu kampung/hutan tidak mempunyai teknologi mengasingkan anak-anak lebah dari sarang dan perahan madu tersebut termasuk sekali dengan anak serta telur lebah. Ini boleh menyebabkan madu tersebut mempunyai rasa masam sedikit dan tidak boleh disimpan lama. Jadi disini mungkin boleh dikatakan bahawa madu lebah peliharaan yang tidak diberi air gula adalah lebih baik.


4- Yang mana lebih baik antara madu lebah asli jenis apis dorsata, apis mallifera atau apis cerana?


Jawapannya: Madu lebah adalah sama mengikut jenis spesis lebah samada madu lebah asli dari apis dorsata, apis mallifera atau apis cerana. Cuma yang membezakan kandungan nutrisinya ialah jenis pokok yang diambil madunya. namun ianya tidak jauh beza.


Terlalu banyak institusi dan universiti yang telah membuat kajian tentang khasiat madu lebah asli ini dan tidak boleh disangkal lagi bahawa AlQuran yang telah 1400 tahun lebih menceritakan kelebihan madu lebah asli ini.
Mengikut kajian yang dibuat oleh USM, madu lebah asli memang diakui mengandungi Antibakteria, Antifungus, Antivirus, Antioxidant, Anti-inflammatori, Antikancer, Analgesik, Antipyretik, Aphrodisiak, Antifertiliti, Anti-penuaan, Anti-diabetik, Antiseptik, Pengawet, meningkatkan imuniti dan mengurangkan kolestrol. Kandungan Anti-diabetik yang terdapat dalam madu lebah asli tersebut membolehkan pesakit kencing manis menggunakan madu lebah asli sebagai sumber gula dan sekaligus menjadi ubat yang paling mujarab. Pesakit kencing manis tak perlu risau untuk mengambil madu lebah asli sebagai makanan, namun yang perlu dirisaukan oleh mereka adakah madu yang diperolehi itu madu lebah asli atau sebaliknya.
Dalam madu lebah asli juga mengandungi Antioxidant dan Antikancer yang bertindak mencegah serta merawat sel-sel kenser dalam badan.

Bagi pengidap sakit kanser cubalah menggunakan madu lebah sebagai ubat yang pasti dijamin oleh Allah memang ubat kepada manusia. Adakah anda sanggup menukar ubat anugerah Allah ini dengan mengambil kaedah yang dikhuatiri mempunyai kesan sampingan yang tidak elok kepada kesihatan kita? Jangan lagi ada perasaan was-was tentang kelebihan madu lebah asli ini.


Banyak lagi khasiat madu lebah ini seperti Antibakteria, Antifungus, Antivirus, Anti-inflammatori, Analgesik, Antipyretik, Aphrodisiak, Antifertiliti, Anti-penuaan, Antiseptik, Pengawet, meningkatkan imuniti dan mengurangkan kolestrol.

Dari sini dapatlah kita menyebut Subhanallah betapa hebatnya Pencipta lebah yang begitu unik ini…Wallahua’lam..

4 comments:

  1. Salam Mohon share info yang sangat berguna ni.

    ReplyDelete
  2. 100% madu di pasaran adalah asli...cubaan untuk menambah gula pasir adalah sangat mahal dan menjadukan rasanya halus.

    ReplyDelete
  3. minta izin utk share yea

    ReplyDelete
  4. Byk madu tiruan..sebab tu semut suka.

    ReplyDelete