1. Bawa gula-gula getah dengan kuantiti yang mencukupi. Apabila lecture start jer, makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak mengantuk. Keberkesannya bergantung kepada individu.
2. Bawa bersama air masak (air mineral). Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Tengok orang cina, rajin bawak air, orang melayu memang jarang-jarang sekali nak bawak.
3. Bila mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! Pergi ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak mengantuk dah lepas tu. Nak lagi bagus ambil Wudhu.
4. Kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tidur lebih lena.
5. Pergi ke kawasan yang bercahaya, kawasan yang bercahaya dapat menyegarkan mata kita. Boleh duduk bawah lampu, kalau suasana dalam kelas tu gelap.
6. Letakkan wangian aromaterapi.
Wangian aromaterapi boleh memberikan kita kesegaran yang kita perlu. Letaklah berhampiran dengan meja sebab bau yang segar tu boleh merangsang deria bau dan juga mengurangkan rasa mengantuk.
Bila buat senaman badan dan otot kita akan bergerak. Jadi segala abdomen badan kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon dalam badan.
8. Pandang sekeliling
Jangan asyik fokus pada satu tempat , Papan hitan, papan putih memang dah ada di depan. Disarankan agar pandang lah sekeliling untuk hilangkan rasa mengantuk.
9. Banyakkan bertanya. Selain dapat elakkan mengantuk, akan menjadikan kita lebih cepat faham.
No comments:
Post a Comment