Cuba kita fikirkan..betapa ramai orang yang kaya tetapi hati tidak tenang, di sini kita kupas kata kuncinya :
NIAT REDHA
USAHA POSITIF
NIAT.
Niat sangat penting. Dalam Islam, kalau berniat untuk berbuat baik sudah pun dapat pahala. Belum melakukan lagi, kalau kita buat mesti lagi berganda (dengan syarat ikhlas dan benar).
Kalau niat nak buat jahat, takde apa-apa yang dikira. Bila dah buat perkara jahat, baru ditulis satu kejahatan oleh 'Atid. Alangkah baiknya Allah.
Justeru itu niat sangat penting. Sebagai contoh : Bangun tidur, niat. Hari ni aku nak berubah. Aku nak gembira dan boleh niat bermacam-macam lagi.
Nak keluar rumah, niat. Nak makan, niat. Nak pergi mana-mana, nak buat apa-apa, sentiasa perbaharui dengan niat. InsyaAllah kita akan rasa terpimpin. Termasuk bila nak tidur balik pun, sekurang-kurangnya ucapkanlah Alhamdulillah untuk hari itu, dan baca doa tidur.
REDHA.
Betapa ramai antara kita yang tidak berlaku adil, maksudnya tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adat sebagai hamba, mesti redha menerima apa saja ketentuan Allah. Sebab yang ada di dunia ni semuanya tidak kekal. Allah saja yang kekal. Tidak perlu menjadi hebat untuk orang lain. Sebab bila hubungan dengan Allah terjaga, hubungan baik sesama manusia akan datang dengan sendiri. InsyaAllah. Yang penting niat perlu betul. Tak perlu nak puaskan hati semua orang. Sentiasalah sabar dan bersyukur. Sebab kita ini memiliki dan dimiliki oleh Allah. Jadi, pulangkan apa saja kepada-Nya. Sebab memang semuanya datang dari DIA.
USAHA.
Usaha tangga kejayaan. Tiada usaha yang tidak memerlukan pengorbanan. Usaha sangat penting. Contohnya makan. Kalau makanan dah ada dalam pinggan, sudu pun dah tersedia, kita perlu berusaha untuk memasukkannya ke dalam mulut. Barulah tercapai matlamatnya. Macam kita manusia, Allah dah sediakan macam-macam kemudahan untuk kita gunakan. Kita ada keluarga, kawan-kawan, suasana yang membantu (InsyaAllah). Kita hanya perlu perlu berusaha, gunalah kudrat sendiri untuk mencapai semua itu. Allah akan membantu.
POSITIF.
Islam mengajar kita untuk bersangka baik. Dengan Allah dan juga dengan makhluk-Nya. Hatta serendah-rendah tingkatan dalam berukhuwwah adalah bersangka baik. Tetapi biasalah manusia ini selalu lupa.
Bersangka baiklah, kerana Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya. Allah yang punya Rahman dan Rahim, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada siapa yang dapat menyayangi dan mengasihi kita lebih daripada Allah. Maka ketahuilah ujian-ujian itu semua adalah warna-warni kehidupan yang Allah percikkan untuk kita. Katakanlah hidup ini seperti sebuah kertas putih, kan cantik kalau ada macam-macam warna.
Manusia ini ibarat kain yang dimasukkan ke dalam mesin basuh. Mengalami proses pembasuhan, penyabunan, pembilasan, pengeringan. Sakit sebenarnya kalau menjadi kain yang masuk dalam mesin basuh. Tetapi pada pengakhirannya, kain itu akan menjadi kain yang wangi dan bersih. Sama juga seperti manusia. Ujian-ujian yang ada adalah untuk menyucikan kembali diri kita. Agar kembali kepada fitrah. Agar jadi wangi dan bersih bila mengadap Allah InsyaAllah..
Oleh itu, janganlah terlalu fikirkan perkara yang tak sepatutnya. Bersikap adil lah pada diri sendiri.
Teruskan mengenal diri sendiri, agar lebih dekat dengan Pencipta diri. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment