Disinilah kita harus melatih diri kita untuk meniggalkan zon selesa. Meskipun kita sedang santai berehat, tapi ketika ada sesuatu yang harus dibuat, maka kitapun mesti segera bangkit.
Jika kita telah membiasakan hal ini. Maka tubuh kitapun akan secara automatik bergerak ketika ada aktiviti yang mesti dibuat.
Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipercaya termasuk melakukan pekerjaan tertentu yang dirasakan menjadi tanggungjawab.
Pendisiplinan adalah usaha-usaha untuk menanamkan nilai ataupun pemaksaan agar subjek memiliki kemampuan untuk mentaati sebuah peraturan.
Macam mana nak disiplin untuk diet? Sebenarnya masalah untuk disiplin ini majoriti alami oleh semua orang. Cuma beza dia macam mana setiap orang cuba untuk handle masalah ini.
Untuk disiplin ketika diet turunkan berat badan ialah;
Untuk disiplin ketika diet turunkan berat badan ialah;
1. Listkan pada satu kertas kemudian tampal pada cermin dan pintu almari. Tulis tulisan besar-besar dan letak banyak tanda seru sikit. Setiap kali buka pintu almari dan cermin ia akan sentiasa remind kan yang anda sedang berdiet dan wajib ikut diet tu.
Contoh ringkas list tu macam senarai kat bawah ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ATTENTION!!!
1. IKUT ATURAN TIME DIET BREAKFAST, LUNCH DAN DINNER!!
2. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK!!
3. JANGAN MAKAN WAKTU MALAM (TIDUR AWAL)!!
4. PAKAI LOSYEN SLIMMING SELEPAS MANDI!!
p/s : DIET!! DIET!! Jangan patah semangat!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. IKUT ATURAN TIME DIET BREAKFAST, LUNCH DAN DINNER!!
2. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK!!
3. JANGAN MAKAN WAKTU MALAM (TIDUR AWAL)!!
4. PAKAI LOSYEN SLIMMING SELEPAS MANDI!!
p/s : DIET!! DIET!! Jangan patah semangat!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2. Pastikan anda beritahu orang disekeliling (yang rapat especially famili dan kawan baik) yang anda tengah diet dan suruh diorang remind dan bagi sokongan/ semangat untuk diet turunkan berat badan.
3. Jangan setiap hari asyik pergi timbang berat badan. Berat badan takkan turunnya dalam masa sehari je kecuali la pergi buat "liposuction". Kenapa tak boleh check berat badan setiap hari?? Sebabnya ini boleh mempengaruhi disiplin anda untuk berdiet. Yelah baru diet seminggu tapi tiap2 hari timbang berat badan pastu mula la terus rasa down bila tak nampak perubahan di awal diet. Kalau nak cek pun better seminggu or 2 minggu sekali.
4. Yang paling penting sekali diri kita sendiri yang mesti kuatkan azam untuk berdiet. Kalau azam dah tetap dan cekal. Segala rintangan pun akan mampu kita tempuhi. Nak kuruskan badan ni yang penting kena konsisten dan berdisiplin. Kalau hanya semangat setengah jalan saja memang tak menjadilah. Bak kata pepatah Melayu, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan nak dapat sagunya“. Maksudnya perlulah berusaha bersungguh-sungguh kalau kita nak mendapatkan sesuatu hasil yang diidamkan.
Good luck pada yang nak kuruskan badan atau apa-apa sahaja yang memerlukan komitmen dan disiplin.
No comments:
Post a Comment