Thursday 29 December 2011

SAKIT TAPAK KAKI DAN TUMIT KAKI

Sakit tapak dan tumit kaki ini sering berlaku di kalangan ahli sukan dan orang yang berumur 40 atau 50 tahun ke atas.  Kadang-kadang tidak tahu puncanya. Tiba-tiba bila bangkit dari tidur atau dari tempat duduk, dan mula berjalan, sakitnya bagai dihiris pisau. Bila sudah lama berjalan sakitnya semakin lama semakin hilang.


Kenapa tapak kaki ini mejadi sakit?


Ia sakit disebabkan oleh urat pada tapak atau tumit kaki (planta fascia) menjadi radang (inflammed). Ini dikenali sebagai Plantar Fasciitis. Amnya ia disebabkan oleh kegunaan tapak kaki secara berlebihan dan membuatkan Plantar fascia menjadi tegang.


Faktor-faktor yang menyumbang kepada Plantar Faciitis.
  • Senaman yang berlebihan

  • Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia

  • Kencing manis senang merosakkan Plantar Facia

  • Memakai kasut yang tidak sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak tersebar dengan sama rata di bahagian kaki.

  • Bentuk tapak kaki yang datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.

Rawatan


  1. Rehatkan kaki sebanyak mungkin. Hindarkan berdiri atau berjalan tanpa sebab. Duduk jika ada peluang. Cara ini mengurangkan beban kepada kaki dan meredakan radang kepada Plantar Fascia.

  1. Bila bangkit dari tidur, sebelum mula berjalan, tegangkan tapak kaki 15-20 saat untuk 3 atau 4 kali. Memang terasa sakit sewaktu melakukan tersebut tetapi kurang rasa sakit bila mula berjalan.

  1. Meletakkan bungkusan ais dengan kain di tempat yang sakit selama 15 hingga 20 minit untuk 3 atau 4 kali sehari atau selepas aktiviti boleh meredakan kesakitan dan radang Plantar Fascia. Boleh juga dengan menggunakan botol air dari peti sejuk.

  1. Berjogging boleh digantikan dengan berenang atau berbasikal sebagai senaman.

  1. Penyokong tapak kaki boleh digunakan di dalam kasut untuk menghindarkan Plantar Fascia menjadi tegang sewaktu berlari atau berjalan.

  1. 6. Ubat anti-radang untuk menghilangkan sakit biasanya diberi juga oleh doktor.


  1. 7. Jika tiada perubahan biasanya doktor pakar akan memberi suntikan di tapak kaki.

PETUA TRADISIONAL :

Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.


Ambil garam kasar, goreng tanpa minyak dalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana. Apabila garam mulai panas, angkat dna bungkus dengan kain bersih. Gunakan untuk menuam pada tumit kaki yang sakit. Amalkan selalu.



3 comments:


  1. Assalam , pernah tak time jalan jalan tiba tiba tumit kaki terasa lenguh dan sakit.Nak berwindows hopping pun hilang sudah mood .Apa kata kalau anda cuba Tips Untuk Mengatasi Masalah Sakit Tumit Kaki Anda
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete

  2. Assalam , pernah tak time jalan jalan tiba tiba tumit kaki terasa lenguh dan sakit.Nak berwindows hopping pun hilang sudah mood .Apa kata kalau anda cuba Tips Untuk Mengatasi Masalah Sakit Tumit Kaki Anda
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete
  3. gi shopping taklah tapi mungkin sbb pakai kasut yg terlaku flat mungkin sbb tu kot sakit... nanti nk try la petua tu..heheh

    ReplyDelete