Sunday 13 November 2011

KHASIAT GAMAT

Kajian yang dijalankan menunjukkan Gamat adalah kaya dengan protein,asid-asid amino,vitamin,mineral dan juga asid lemak perlu


Gamat juga mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asik mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepana pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)


Kolagen
  • Merencatkan proses penuaan, mengurangkan pembentukan kedutan kulit
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka
  • Meningkatkan sistem imunisasi Kondroitin & Glukosamin
  • Melegakan sakit akibat osteoarthiritis
  • Meransang pembentukan dan pemulihan tulang rawan
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
Omega-3
  • Merendahkan kolestrol dalam darah
  • Melindungi arteri
  • Mengurankan risiko mendapat penyakit jantung
  • Memperbaiki kesihatan mental
Mineral-mineral
Kalsium
  • Membentuk tulang dan gigi
  • Memantau sistem peredaran darah
  • Meregulasikan denyutan jantung
Zat Besi
  • Penting dalam pengangkutan oksigen dan metabolisme
  • Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.
Iodin
  • Perlu bagi sistem tiroid untuk berfungsi dengan normal
Selenium
  • Sebagai antioksidan
  • Mempertahankan sel-sel badan daripada radikal-radikal bebas
  • Mengelakkan kerosakkan sel
Vanadium
  • Mengurangkan penghasilan kolestrol
  • Terlibat dalam proses katekotamin dan metabolisme lipid serta dalam pembentukan sel-sel darah merah
Kronium
  • Menambahkan bilangan reseptor insulin pada membran sel dan menggalakkan pelekatan insulin pada sel-sel
  • Merendahkan paras gula dalam darah
  • Memperbaiki masalah diabetes melitus (kencing manis)
Kebaikan lain
  • Meningkatkan sistem imun
  • Merencat pertumbuhan sel-sel kanser
  • Menggalakan pertumbuhan sel.


No comments:

Post a Comment