Saturday, 26 November 2011

PETUA MEMANJANGKAN RAMBUT

Memang tidak mudah untuk memanjangkan rambut dengan cepat. Rata-rata rambut manusia adalah 100.000 helai di kepala dengan pertumbuhan sekitar 3cm per bulan.
 
Mungkin anda sudah mencuba bermacam cara untuk memanjangkan rambut lebih cepat. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan agar rambut yang tumbuh lebih panjang dengan cepat.
 
Semak tips dan cara berikut :

1.)  Untuk merangsang pertumbuhan rambut cubalah melancar aliran darah di kepala sehingga pasukan nutrisi menjadi lebih banyak ke kawasan rambut. Lakukan urutan dengan hujung jari pada kulit kepala anda setiap hari. Sangat baik jika anda mengurut ketika rambut masih basah.
 
 
Sebelum tidur, cuba tundukkan kepala dan sikat rambut dengan lembut mulai dan akar hingga ujung rambut. Gunakan sikat rambut untuk memicit kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala dalam 15 minit. Selepas itu, sisir rambut anda perlahan-lahan dari pangkal rambut hingga ke hujung. Cara ini akan mendistribusikan minyak alami pada pangkal rambut ke seluruh rambut hingga hujungnya.
 
 
2.)  Rambut yang panjang merupakan rambut yang tua dan cenderung rapuh. Jadi anda harus menjaga  dengan memilih syampoo lembut yang memiliki kandungan pelembab. Untuk rambut normal/berminyak pakai syampoo yang ada kandungan lidah buaya (aloe vera). Sedangkan untuk rambut normal/kering pakai syampoo yang ada kandungan avokado. Jika anda tersalah pilih, rambut boleh menjadi rosak.
 
Apabila anda selalu menggunakan hairdryer, sapukan conditioner atau serum. Ini berfungsi untuk melindungi rambut dari suhu tinggi. Selepas itu gunakan hair tonik untuk membantu menguatkan akar rambut. Caranya, tuang hair tonik pada kapas kecil, belah rambut menjadi beberapa bahagian, kemudian oleskan hair tonik secara menyeluruh pada kulit kepala. Setelah selesai, urut kulit kepala untuk membantu proses penyerapan hair tonik tersebut.
 
Lakukan juga perawatan rambut seminggu sekali dengan creambath menggunakan lidah buaya atau ginseng untuk mempercepat pertumbuhan rambut. Fungsi creambath selain untuk melancar peredaran darah dikepala, juga menutisi rambut dengan kandungan lidah buaya atau ginseng.
 
Jangan menggunakan steam rambut, cukup dengan tuala yang telah direndam air suam. Sebaiknya anda juga jangan terlalu sering mengikat rambut ke belakang karena akan memudahkan rambut menjadi patah.

 
3.)  Biasanya hujung rambut yang rosak menyebabkan batang rambut juga menjadi rosak jika tidak dirawat. Secara keseluruhan rambut akan menjadi lebih cepat rosak termasuk rambut baru yang tumbuh. Untuk pencegahan sebaiknya anda potong hujung rambut setiap 8 hingga 10 minggu sekali.

4.)  Biarkan kulit kepala anda supaya boleh bernafas. Kerana rambut yang tertutup akan membuat minyak dan kotoran menumpu pada akar rambut sehingga kulit tidak boleh bernafas. Ini akan membuat pertumbuhan rambut menjadi terganggu.
 
 
5.) Stress juga dapat mengganggu pertumbuhan rambut, jadi kurangilah stress. Cubalah lakukan meditasi atau kegiatan relaxation yang lain.
 
Satu lagi rahsia pertumbuhan rambut adalah dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi. Untuk pertumbuhan yang cepat, rambut memerlukan tidur selama 7 - 9 jam sehari.
 
 
 


 

1 comment: