Saturday 26 November 2011

MENGUBATI HATI YANG TERLUKA

Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain ataupun suasana.

Kepedihan dan rasa sakit akan terus menerus menghantui dan mengganggu kehidupan kita selagi kita tidak menyelesaikannya. Saya percaya ramai di antara kita yang pernah dan sedang melalui kepahitan dan emosi yang terluka. Ada di antara kita yang mampu membendung dan menghilangkan kesakitan tersebut sementara ramai lagi yang membiarkan luka di hati itu meredap seperti api dalam sekam.


Samada kita bangun untuk memulihkan luka tersebut atau kita membiarkannya mengulit diri kita, itu adalah atas pilihan kita sendiri. "Pain is inevitabile. Suffering is optional". Inilah falsafah yang dipegang oleh salah seorang daripada dua wanita yang dirogol oleh ayah mereka masing-masing. Wanita pertama belajar untuk memaafkan dan memulakan hidup baru dengan lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan lelaki. Sementara wanita yang kedua memilih untuk terus membiarkan rasa sakit bersarang di hatinya lantas dia membenci dan berdendam dengan lelaki.
.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunyai handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.


4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.


5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?


6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.


7. Hati Mesti 'Keras'

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Anthony Dio Martin menyarankan beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk menyembuhkan luka emosi.
  1. Identify.. mengenal pasti perkara-perkara yang membuatkan emosi kita terluka. Ramai di antara kita enggan berbuat demikian kerana bimbang akan mengejutkan rasaksa yang tertidur di ruang bawah tanah. Namun lama-kelamaan rasaksa yang tertidur itu akan terjaga juga bila ia telah puas tidur.
  2. Kaitkan...bertanya kepada diri sendiri bagaimana kelukaan itu mempengaruhi kehidupan kita seharian. Kaitkan isu lama yang terpendam itu dengan situasi yang kita alami sekarang. Kebiasaannya luka di hati serta pengalaman yang tidak mengenakkan di masa lalu banyak mempengaruhi kehidupan kita di masa kini. Semakin besar pengaruhnya, semakin perlu dan segera luka itu diubati.
  3. Fikirkan...Fikirkan apa yang perlu diubah. Fikirkan juga kesan perubahan tersebut ke atas diri kita. Kemudian timbangkan juga sekiranya kita mengambil langkah tidak mengubah apa-apa. Yang mana satu lebih baik.
  4. Affirmation...Kita wajar melakukan affirmation secara berterusan kepada diri sendiri bahawa kita perlu dan ingin serta memilih untuk berubah. Lakukan positive self talk seperti "Luka ini menyiksa hati dan perasaan aku. Aku ingin segera menyelesaikannya sehingga ia tidak lagi menyakitkan aku. Aku lebih kuat dari rasaksa itu dan aku tidak akan membiarkan ia menggangu hidup aku. Itulah pilihanku"
  5. Ventilation...Kita perlu menjalani proses emotional ventilation secara positif. Dalam erti kata lain, kita perlu mencari cara untuk menyalurkan rasa marah, pedih dan sakit hati tersebut secara sihat. Mungkin kita boleh melakukan beberapa aktiviti seperti menulis diari, berkongsi dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai, meluahkan masalah kepada counsellor, dan sebagainya.
  6. Penyembuhan...kita boleh cuba melakukan proses penyembuhan baik secara mental maupun spiritual.


Jika kita berjaya melakukan keenam-enam langkah di atas, maka secara peribadi, kita sudah pun menghalau rasaksa itu keluar dari rumah kita. Untuk memastikan rasaksa itu tidak datang semula menghuni di ruang bawah tanah rumah kita, maka adalah elok kita menyelesaikan masalah ini dengan orang yang menyebabkan hati kita terluka jika mereka masih hidup.


Misalnya seorang anak telah diusir keluar dari rumah oleh ayahnya bila ayahnya itu berkahwin lain. Hati anak tersebut terluka dan memakan masa bertahun-tahun. Selepas menjalani enam langkah di atas, akhirnya anak tersebut berjaya mengusir keluar rasaksa yang bersarang dalam dirinya sejak sekian lama. Di akhirnya, anak tersebut berusaha untuk bercakap dengan ayahnya, "Ayah, hati saya cukup terluka apabila ayah mengusir saya keluar dari rumah itu tapi hari ini saya ingin memberitahu ayah bahawa saya telah memaafkan ayah."


"Wisdom is a healed pain." Belajarlah menerima kenyataan dan ubatilah luka itu dengan ikhlas..."Terimakasih lukaku...kamu menyebabkan hidupku tidak aman tapi terimakasih kerana kamu mengajar aku beberapa kebaikan dalam hidup ini..."



No comments:

Post a Comment