Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.
Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil eberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.
Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat.Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah di sikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).
Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.
Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu.
Ambi tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah ranum. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air panas. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit barulah dicuci dengan air limau nipis.
Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.
Basahkan rambut. Ambil santan kelapa dan jirus sedikit demi sedikit di rambut sambil menggosok. Setelah selesai biarkan rambut seketika kemudian basuh dengan air suam. insyaallah rambut akan kelihatan hitam dan lebat serta bersinar.
Menghitamkan dan memanjangkan rambut
a) Ambil separuh isi kelapa dan bakar sampai hangus, kemudian diparut. campurkan sedikit air, ramas dan kacau sehigga air dan isi kelapa parut sebati. lumurkan ke seluruh rambut dan biar 15 minit sebelum disikat bagi membuang hampas yang melekat pada rambut. jika sering diamalkan, rambut kelihatan hitam menawan.
b) Cuci rambut setiap pagi atau 2 kali seminggu dengan air yang diramas dengan daun rambutan atau daun bunga raya. cara ini bukan saja boleh memanjangkan rambut dengan cepat tetapi menjadikannya bertambah hitam, lebat dan berseri-seri.
Melebatkan rambut
a) Apabila hendak memasak bubur kacang, kacang hijau akan direndam terlebih dahulu. air rendaman itu jangan dibuang. sapukan pada seluruh rambut. jika sering diamalkan, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur.
b) Ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar. selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci pada sebelah pagi.
Menghilangkan kelemumur
a) Ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. rendam kangkung di dalam besen berisi air yang mencukupi untuk membasuh kepala anda. selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.
b) Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. campurkan dengan 2 gelas air. selepas itu ditapis dan sapukan air itu pada kepala. biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.
c) Ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. ramas semua bahan sehinga berlendir. lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.
d) Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.
Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Utamakanlah sumber semulajadi dan makanan sunnah, lebih berkat dan mendapat pahala menggunakannya, Insya Allah. Tidak berputus asa untuk terus mencari ubat yang serasi, kerana di sekeliling kita terlalu banyak rahsia tersembunyi yang tidak diketahui.
Saturday, 26 November 2011
MENGUBATI HATI YANG TERLUKA
Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain ataupun suasana.
Kepedihan dan rasa sakit akan terus menerus menghantui dan mengganggu kehidupan kita selagi kita tidak menyelesaikannya. Saya percaya ramai di antara kita yang pernah dan sedang melalui kepahitan dan emosi yang terluka. Ada di antara kita yang mampu membendung dan menghilangkan kesakitan tersebut sementara ramai lagi yang membiarkan luka di hati itu meredap seperti api dalam sekam.
Samada kita bangun untuk memulihkan luka tersebut atau kita membiarkannya mengulit diri kita, itu adalah atas pilihan kita sendiri. "Pain is inevitabile. Suffering is optional". Inilah falsafah yang dipegang oleh salah seorang daripada dua wanita yang dirogol oleh ayah mereka masing-masing. Wanita pertama belajar untuk memaafkan dan memulakan hidup baru dengan lebih berhati-hati ketika berhadapan dengan lelaki. Sementara wanita yang kedua memilih untuk terus membiarkan rasa sakit bersarang di hatinya lantas dia membenci dan berdendam dengan lelaki.
.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunyai handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Anthony Dio Martin menyarankan beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk menyembuhkan luka emosi.
Jika kita berjaya melakukan keenam-enam langkah di atas, maka secara peribadi, kita sudah pun menghalau rasaksa itu keluar dari rumah kita. Untuk memastikan rasaksa itu tidak datang semula menghuni di ruang bawah tanah rumah kita, maka adalah elok kita menyelesaikan masalah ini dengan orang yang menyebabkan hati kita terluka jika mereka masih hidup.
Misalnya seorang anak telah diusir keluar dari rumah oleh ayahnya bila ayahnya itu berkahwin lain. Hati anak tersebut terluka dan memakan masa bertahun-tahun. Selepas menjalani enam langkah di atas, akhirnya anak tersebut berjaya mengusir keluar rasaksa yang bersarang dalam dirinya sejak sekian lama. Di akhirnya, anak tersebut berusaha untuk bercakap dengan ayahnya, "Ayah, hati saya cukup terluka apabila ayah mengusir saya keluar dari rumah itu tapi hari ini saya ingin memberitahu ayah bahawa saya telah memaafkan ayah."
"Wisdom is a healed pain." Belajarlah menerima kenyataan dan ubatilah luka itu dengan ikhlas..."Terimakasih lukaku...kamu menyebabkan hidupku tidak aman tapi terimakasih kerana kamu mengajar aku beberapa kebaikan dalam hidup ini..."

- Identify.. mengenal pasti perkara-perkara yang membuatkan emosi kita terluka. Ramai di antara kita enggan berbuat demikian kerana bimbang akan mengejutkan rasaksa yang tertidur di ruang bawah tanah. Namun lama-kelamaan rasaksa yang tertidur itu akan terjaga juga bila ia telah puas tidur.
- Kaitkan...bertanya kepada diri sendiri bagaimana kelukaan itu mempengaruhi kehidupan kita seharian. Kaitkan isu lama yang terpendam itu dengan situasi yang kita alami sekarang. Kebiasaannya luka di hati serta pengalaman yang tidak mengenakkan di masa lalu banyak mempengaruhi kehidupan kita di masa kini. Semakin besar pengaruhnya, semakin perlu dan segera luka itu diubati.
- Fikirkan...Fikirkan apa yang perlu diubah. Fikirkan juga kesan perubahan tersebut ke atas diri kita. Kemudian timbangkan juga sekiranya kita mengambil langkah tidak mengubah apa-apa. Yang mana satu lebih baik.
- Affirmation...Kita wajar melakukan affirmation secara berterusan kepada diri sendiri bahawa kita perlu dan ingin serta memilih untuk berubah. Lakukan positive self talk seperti "Luka ini menyiksa hati dan perasaan aku. Aku ingin segera menyelesaikannya sehingga ia tidak lagi menyakitkan aku. Aku lebih kuat dari rasaksa itu dan aku tidak akan membiarkan ia menggangu hidup aku. Itulah pilihanku"
- Ventilation...Kita perlu menjalani proses emotional ventilation secara positif. Dalam erti kata lain, kita perlu mencari cara untuk menyalurkan rasa marah, pedih dan sakit hati tersebut secara sihat. Mungkin kita boleh melakukan beberapa aktiviti seperti menulis diari, berkongsi dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai, meluahkan masalah kepada counsellor, dan sebagainya.
- Penyembuhan...kita boleh cuba melakukan proses penyembuhan baik secara mental maupun spiritual.
Jika kita berjaya melakukan keenam-enam langkah di atas, maka secara peribadi, kita sudah pun menghalau rasaksa itu keluar dari rumah kita. Untuk memastikan rasaksa itu tidak datang semula menghuni di ruang bawah tanah rumah kita, maka adalah elok kita menyelesaikan masalah ini dengan orang yang menyebabkan hati kita terluka jika mereka masih hidup.
Misalnya seorang anak telah diusir keluar dari rumah oleh ayahnya bila ayahnya itu berkahwin lain. Hati anak tersebut terluka dan memakan masa bertahun-tahun. Selepas menjalani enam langkah di atas, akhirnya anak tersebut berjaya mengusir keluar rasaksa yang bersarang dalam dirinya sejak sekian lama. Di akhirnya, anak tersebut berusaha untuk bercakap dengan ayahnya, "Ayah, hati saya cukup terluka apabila ayah mengusir saya keluar dari rumah itu tapi hari ini saya ingin memberitahu ayah bahawa saya telah memaafkan ayah."
"Wisdom is a healed pain." Belajarlah menerima kenyataan dan ubatilah luka itu dengan ikhlas..."Terimakasih lukaku...kamu menyebabkan hidupku tidak aman tapi terimakasih kerana kamu mengajar aku beberapa kebaikan dalam hidup ini..."
PETUA MEMANJANGKAN RAMBUT
Memang tidak mudah untuk memanjangkan rambut dengan cepat. Rata-rata rambut manusia adalah 100.000 helai di kepala dengan pertumbuhan sekitar 3cm per bulan.
Mungkin anda sudah mencuba bermacam cara untuk memanjangkan rambut lebih cepat. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan agar rambut yang tumbuh lebih panjang dengan cepat.
Semak tips dan cara berikut :
1.) Untuk merangsang pertumbuhan rambut cubalah melancar aliran darah di kepala sehingga pasukan nutrisi menjadi lebih banyak ke kawasan rambut. Lakukan urutan dengan hujung jari pada kulit kepala anda setiap hari. Sangat baik jika anda mengurut ketika rambut masih basah.

Sebelum tidur, cuba tundukkan kepala dan sikat rambut dengan lembut mulai dan akar hingga ujung rambut. Gunakan sikat rambut untuk memicit kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala dalam 15 minit. Selepas itu, sisir rambut anda perlahan-lahan dari pangkal rambut hingga ke hujung. Cara ini akan mendistribusikan minyak alami pada pangkal rambut ke seluruh rambut hingga hujungnya.
2.) Rambut yang panjang merupakan rambut yang tua dan cenderung rapuh. Jadi anda harus menjaga dengan memilih syampoo lembut yang memiliki kandungan pelembab. Untuk rambut normal/berminyak pakai syampoo yang ada kandungan lidah buaya (aloe vera). Sedangkan untuk rambut normal/kering pakai syampoo yang ada kandungan avokado. Jika anda tersalah pilih, rambut boleh menjadi rosak.
Apabila anda selalu menggunakan hairdryer, sapukan conditioner atau serum. Ini berfungsi untuk melindungi rambut dari suhu tinggi. Selepas itu gunakan hair tonik untuk membantu menguatkan akar rambut. Caranya, tuang hair tonik pada kapas kecil, belah rambut menjadi beberapa bahagian, kemudian oleskan hair tonik secara menyeluruh pada kulit kepala. Setelah selesai, urut kulit kepala untuk membantu proses penyerapan hair tonik tersebut.
Lakukan juga perawatan rambut seminggu sekali dengan creambath menggunakan lidah buaya atau ginseng untuk mempercepat pertumbuhan rambut. Fungsi creambath selain untuk melancar peredaran darah dikepala, juga menutisi rambut dengan kandungan lidah buaya atau ginseng.
Jangan menggunakan steam rambut, cukup dengan tuala yang telah direndam air suam. Sebaiknya anda juga jangan terlalu sering mengikat rambut ke belakang karena akan memudahkan rambut menjadi patah.
3.) Biasanya hujung rambut yang rosak menyebabkan batang rambut juga menjadi rosak jika tidak dirawat. Secara keseluruhan rambut akan menjadi lebih cepat rosak termasuk rambut baru yang tumbuh. Untuk pencegahan sebaiknya anda potong hujung rambut setiap 8 hingga 10 minggu sekali.
4.) Biarkan kulit kepala anda supaya boleh bernafas. Kerana rambut yang tertutup akan membuat minyak dan kotoran menumpu pada akar rambut sehingga kulit tidak boleh bernafas. Ini akan membuat pertumbuhan rambut menjadi terganggu.

5.) Stress juga dapat mengganggu pertumbuhan rambut, jadi kurangilah stress. Cubalah lakukan meditasi atau kegiatan relaxation yang lain.
Satu lagi rahsia pertumbuhan rambut adalah dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi. Untuk pertumbuhan yang cepat, rambut memerlukan tidur selama 7 - 9 jam sehari.
Monday, 21 November 2011
PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN
Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah Hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
* Cekur Manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com
* Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
* Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan apendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
* Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
* Lobak Putih
Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
* Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
* Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
* Makanan Tinggi CLA
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
* Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

Sunday, 20 November 2011
APA ITU CHICKEN POX ( CACAR AIR )
Virus chicken pox atau cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
Bagaimanakah penyakit cacar air merebak?
* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.
Gejala-gejala penyakit cacar air yang lain :
* Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.
Apakah komplikasi penyakit cacar air?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
* Jangkitan kuman pada kulit
* Jangkitan pada darah
* Radang paru-paru
* Keradangan otak
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:
* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
* Minum banyak air masak.
* Ambil makanan yang seimbang.
* Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
* Sapu losen kalamine di tempat ruam.
* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran ‘baking soda’ dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
* Berumur 12 tahun ke atas.
* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
* Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
* Bayi yang baru lahir.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
* Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
* Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
* Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Monday, 14 November 2011
CARA MERAWAT CAGU
Cagu, atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu.
#1 Sebagai permulaan anda boleh cuba dengan menggunakan daun inai. :)
1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.
2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.
3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.
4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.
#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.
i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.
ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.
iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.
iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.
v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.
#3 Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina.
Anda tanyakan kat tokey kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.
Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.
Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.
Caranya begini;
a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.
b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.
c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.
d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.
Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa untuk kembali kepada warna asal.
Sunday, 13 November 2011
KHASIAT GAMAT
Kajian yang dijalankan menunjukkan Gamat adalah kaya dengan protein,asid-asid amino,vitamin,mineral dan juga asid lemak perlu
Gamat juga mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asik mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepana pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)
Kolagen
Kalsium

- Merencatkan proses penuaan, mengurangkan pembentukan kedutan kulit
- Mempercepatkan proses pemulihan luka
- Meningkatkan sistem imunisasi Kondroitin & Glukosamin
- Melegakan sakit akibat osteoarthiritis
- Meransang pembentukan dan pemulihan tulang rawan
- Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
- Merendahkan kolestrol dalam darah
- Melindungi arteri
- Mengurankan risiko mendapat penyakit jantung
- Memperbaiki kesihatan mental
Kalsium
- Membentuk tulang dan gigi
- Memantau sistem peredaran darah
- Meregulasikan denyutan jantung
- Penting dalam pengangkutan oksigen dan metabolisme
- Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.
- Perlu bagi sistem tiroid untuk berfungsi dengan normal
- Sebagai antioksidan
- Mempertahankan sel-sel badan daripada radikal-radikal bebas
- Mengelakkan kerosakkan sel
- Mengurangkan penghasilan kolestrol
- Terlibat dalam proses katekotamin dan metabolisme lipid serta dalam pembentukan sel-sel darah merah
- Menambahkan bilangan reseptor insulin pada membran sel dan menggalakkan pelekatan insulin pada sel-sel
- Merendahkan paras gula dalam darah
- Memperbaiki masalah diabetes melitus (kencing manis)
- Meningkatkan sistem imun
- Merencat pertumbuhan sel-sel kanser
- Menggalakan pertumbuhan sel.
PETUA HILANGKAN BISUL
PETUA 1
Ambil sedikit kapur makan, sapukan pada tempat yang kena bisul. Lakukan selalu.
PETUA 2
Tumbuk bawang putih sehingga hancur. Sapukan bawang putih di tempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali sehingga bisul itu hilang.
PETUA 3
Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu sehingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
PETUA 4
Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
PETUA 5
Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

Thursday, 10 November 2011
MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Masalah kelemumur sering menjadi rungutan wanita. Untuk menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dengan sedikit air sebelum digosok pada kulit kepala.
Selain menggunakan perahan limau nipis, ada cara lain yang boleh dicuba termasuk menggunakan daun pandan.
Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua, kemudian ia ditumbuk sehingga halus dan dicampurkan dengan dua gelas air.
Tapis campuran itu dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan bilas rambut dengan air bersih. Ia bukan saja membantu mengurangkan kelemumur malah rambut berbau wangi.
Amalan orang lama pula hanya menggunakan santan. Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan selama sejam supaya patinya naik.
Kemudian, barulah ia disapu pada rambut. Balut rambut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Jika kerap diamalkan, ia membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

TUMIT KAKI SAKIT
PLANTAR fasciitis ialah penyebab sakit pada tumit kaki yang paling kerap terjadi di kalangan orang dewasa. Kita selalu terkeliru di antara plantar fasciitis dan ‘heel spurs’.
Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.
Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.
Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.
Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.
Plantar fasciitis disebabkan radang atau kecederaan tisu plantar pada tapak kaki yang mengekalkan bentuk lengkok pada kaki kita.
Ketika berpijak sama ada berjalan atau berlari, tisu plantar menyebarkan beban berat badan ke seluruh tapak kaki. Oleh itu bebanan atau stres ditanggung tisu plantar sangat tinggi.
Plantar fasciitis juga boleh terjadi pada seseorang yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah seperti berlari.
Dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.
Keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki yang hampir serupa ialah tarsal Tunnel Syndrome. Keadaan ini disebabkan satu urat saraf pada tapak kaki yang terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.
Antara penyebab lain seperti kepatahan tekanan, Reister’s Syndrome, ankylosing spondylitis dan nekrosis tisu lemak tumit.
Rawatan untuk plantar fasciitis ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.
•Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.
•Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.
•Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.
•Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.
•Pelapik kasut — Pelapik kasut ialah kunci kejayaan merawat plantar fasciitis. Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.
•Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.
•Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.
Dengan modaliti rawatan di atas saja, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurang atau menghilangkan sakit tumit kaki. Gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat. Kebanyakan pesakit mendapati sakit tumit hilang selepas tiga bulan rawatan dan lebih 90 peratus pesakit mendapati sakit tumit hilang dalam satu tahun rawatan.
Jika sakit tidak berkurangan selepas rawatan itu, suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar. Namun, doktor tidak suka memberi suntikan itu kerana komplikasi steroid. Dua komplikasi utama ialah atropi tisu lemak dan koyak tisu plantar, keadaan ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk pada tumit kaki.
Rawatan lain yang boleh digunakan ialah dengan extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan. ESWT boleh dicadangkan kepada pesakit selepas rawatan utama gagal.
Rawatan secara pembedahan jarang diperlukan dalam merawat plantar fasciitis. Majoriti pesakit plantar fasciitis akan pulih jika mendapat masa secukupnya untuk rawatan.
Hanya sejumlah kecil memerlukan pembedahan dan mereka ialah yang gagal dalam rawatan konservatif untuk tempoh secukup, iaitu lebih kurang setahun.
Kebanyakan pembedahan membabitkan pemotongan fascia plantar daripada pelekatannya di tulang tumit dengan tujuan melonggarkan tisu plantar.
Untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal.
Penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang.

SEL DARAH PUTIH
Sel darah putih atau leukosit merupakan sejenis sel sistem imun yang membentuk komponen darah. Sel darah putih ini berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing. Terdapat beberapa jenis leukosit yang berbeza, namun semuanya dihasilkan dan berasal dari sel multipoten di tulang sumsum yang dikenali sebagai sel tunjang hematopoietik.
Sel darah putih boleh berkurang atas banyak sebab.. antara sebabnya ialah kekurangan makan (kurang makan protein, sayuran, atau karbohidrat).. kurang protein dalam darah menyebabkan pembentukan sel darah (termasuk sel darah putih) terganggu. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas dalam individu yang mengalami kanser dimana kebanyakan tenaga dan protein digunakan untuk menyokong pertumbuhan sel kanser. Sebab itulah penghidap kanser memiliki imuniti yang amat membimbangkan..
Antara sebab lain kekurangan sel darah putih ialah individu tersebut mengalami masalah terlebih hormon kortikosteroid (corticosteroid). Individu yang mengabil steroid untuk tujuan perubatan dan individu yang secara semulajadi mempunyai kotikosteroid yang tinggi dalam darah mengalami masalah kekurangan sel darah putih. Ini demikian kerana kortikosteroid berfungsi merencat tindakan sel darah putih dan pertumbuhannya. Antara sel darah putih yang terlibat ialah semua jenis darah putih kecuali neutrophil.
Sel darah putih boleh juga berkurangan dalam masalah jangkitan HIV, apabila sel T (helper) dijangkiti kuman ini dan musnah. Akibatnya, badan tidak dapat memberikan respon kepada penyakit. Kebanyakan pesakit HIV progressive (AIDS) meninggal dunia hanya disebabkan jangkitan biasa seperti selsema, pneumonia (pneumocystis jiroveci) dan lain lain.
Memakan antibiotik chloramphenicol dan beberapa jenis ubat yang lain juga berupaya mengurangkan pertumbuhan sel sum sum tulang, seterusnya menyebabkan kekurangan sel darah putih.
Bagi individu yang menjalani terapi radionucleid dan chemotherapy, sinaran radioaktif dan bahan kimia anti kanser yang dipancarkan/dialirkan ke tubuh badan (terutamanya pada sum sum tulang berupaya membunuh sel yang giat membahagi. Antara sel yang terjejas ialah sel badan yang normal iaitu Stem cell yang menghasilkan sel darah putih.
sekiranya individu mengalami masalah limpa (spleen), masalah kekurangan sel darah putih juga boleh berlaku, kerana, limpa yang membesar akan menarik lebih banyak komponen darah termasuk sel darah putih. antara sebab limpa menjadi besar ialah jangkitan bakteria (salmonella typhi, paratyphi), virus (Ebstein Barr [EBV]), masalah sel darah (spherocytosis, sickle cell anemia) dan lain lain. Selain itu, individu yang mengalami penyakit jantung (jantung berlubang, injap jantung rosak, tisu jantung rosak [infarct]) mempunyai tekanan darah vena yang tinggi seterusnya menyumbang kepada pembesaran limpa. Hal ini juga dapat menyumbang kepada kekurangan sel darah putih.
Antara cara kita boleh meningkatkan sel darah putih ialah dengan memastikan bahawa kita bebas daripada semua masalah yang telah dibincangkan di atas. Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan yang dapat melakukan ujian darah untuk memastikan masalah sebenar yang dihadapi oleh anda. Sekuran kurangnya apa yang boleh anda lakukan pada waktu ini ialah dapatkan makanan yang secukupnya
Subscribe to:
Posts (Atom)