Thursday 20 October 2011

INFO DAN TIPS UNTUK SAKIT BELAKANG

PENGENALAN

Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit atau teruk. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang lebih cenderung mengalami kesakitan atau kecederaan.

Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring.

Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah.

Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.

TANDA-TANDA

Sakit atau sengal pada bahagian belakang, biasanya pada bahagian pinggang.

SEBAB-SEBAB

Kecederaan otot, seperti:

* Bentuk badan yang lemah - disebabkan oleh otot abdomen dan belakang lemah, postur yang lemah, terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok dan kurang bersenam.

* Kecederaan - hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat, atau cara yang salah mengangkat barang berat.

* Kekejangan - disebabkan oleh stres atau tekanan.Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain seperti arthritis atau ketumbuhan.

Kegemukan yang mana memberi bebanan kepada tulang belakang.
Kasut bertumit tinggi, yang mana menolak pinggang kehadapan dan meletakkan bebanan berlebihan ke atas bahagian bawah belakang.

Bagi wanita , sakit belakang terjadi ketika sebelum atau semasa haid.

PETUA MENCEGAH

>> Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.

>> Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.

>> Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.

>> Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.

>> Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.

>> Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.

>> Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.

>> Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

>> Rujuk doktor apabila sakit tidak hilang atau menjadi lebih teruk , kaki anda menunjukkan tanda-tanda lemah, atau anda mengalami masalah mengawal kencing.


No comments:

Post a Comment