Wednesday, 26 October 2011

PETUA MENGHALAU SEMUT

PETUA 1 :

Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilang atau menukar rasa manis gula.

PETUA 2 :

Siat-siat beberapa helai daun sirih dan tabur pada tempat laluan semut atau tempat semut berkerumun.

PETUA 3 :

Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

PETUA 4 :

Celupkan kain ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang di kerumuni semut seperti balang gula, tepi meja dan sebagainya.

PETUA 5 :

Masukkan beberapa ulas bawang merah ke dalam bekas gula. Takperlu kupas bawang tersebut.

PETUA 6 :

Bakar kulit telur sehingga menjadi abu.Tabur abu tersebut pada tempat laluan semut atau tempat semut berkerumun.




No comments:

Post a Comment