Tuesday 11 October 2011

PELBAGAI KHASIAT PISANG

Pokok pisang mempunyai pelbagai keguanaan dan khasiat. Apa tidaknya buah pisang bukan saja enak dimakan malah di katakan sember makanan yang lengkap.

Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak kuning dengan bilis, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai kerabu atau ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan. 

Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.

Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.

Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%) [3]



No comments:

Post a Comment