Sebenarnya ramai di antara kita yang tidak mengambil sarapan pagi. Mungkin kerana kesibukan di pagi hari tetapi ada juga yang mengganggap dengan tidak sarapan pagi akan membantu menurunkan berat badan.
Sebaliknya, tidak sarapan pagi dapat membuat berat badan bertambah, malah berisiko untuk mendapat PENYAKIT JANTUNG. Demikian hasil dari kaji...an terbaru yang dilakukan.
Orang yang tidak sarapan selama dua minggu akan mengambil makanan yang lebih banyak pada siang dan malam hari.
Hasilnya, kadar kolesterol LDL (kolesterol buruk) akan meningkat dan kepekaan terhadap hormon insulin akan menurun, dibanding dengan orang yang mengambili sarapan pagi setiap hari.
Kadar kolestorol LDL yang tinggi dan gangguan kepekaan insulin merupakan faktor risiko utama untuk menderita PENYAKIT JANTUNG.
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat bertujuan untuk melihat pengaruh dari sarapan mahupun tidak sarapan pagi terhadap kalori yang masuk dan dibakar sepanjang hari dan kaitannya dengan insulin, kadar kolesterol dan glukosa pada 10 wanita sihat dengan berat badan normal.
Selama 2 minggu, wanita tersebut mengambil sarapan pagi yang berisi semangkuk cereal dengan 2% susu pada jam 7 dan 8 pagi. Kemudian pada jam 10.30 dan 11.00, mereka diberikan makanan ringan seperti kuih. Kemudian mereka mengambil dua menu tambahan dan makanan ringan setiap harinya.
Selama 2 minggu, wanita tersebut mengambil sarapan pagi yang berisi semangkuk sereal dengan 2% susu pada jam 7 dan 8 pagi. Kemudian pada jam 10.30 dan 11.00, mereka diberikan makanan ringan seperti kuih. Kemudian mereka mengambil dua menu tambahan dan makanan ringan setiap harinya.
Setelah 2 minggu berlalu, wanita tersebut mengikuti panduan baru dengan tidak mengambil sarapan pagi. Hanya makan sereal di waktu makan tengahari. Kemudian mereka mengambil dua menu tambahan dan makanan ringan setiap hari selama dua minggu tersebut.
Hasilnya menunjukkan bahawa wanita yang mengambil sarapan pagi, kalori yang masuk lebih rendah 100 kalori dibanding dengan mereka yang tidak mengambil sarapan pagi dan kolesterol buruk, LDL, lebih rendah apabila mereka mengambil sarapan pagi. Selain itu, sarapan pagi membuat respon insulin juga lebih baik, bererti risiko untuk menderita diabetes juga menurun.
Walaupun tidak ada perbezaan berat badan bila mengambili sarapan pagi ataupun tidak, tapi dengan peningkatan kolesterol dan kadar insulin bila tidak mengambil sarapan pagi, membuatkan mereka berisiko untuk menderita SAKIT JANTUNG di kemudian hari.
Oleh itu..jangan abaikan sarapan pagi..
No comments:
Post a Comment