Saturday, 15 October 2011

PETUA UNTUK MENGURANGKAN KESAKITAN SENGGUGUT

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang di alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period.


Untuk sesetengah wanita, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat.

BEBERAPA LANGKAH UNTUK PANDUAN:

1 -Tenangkan fikiran.

Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

2 -Ambil Vitamin Tambahan.

Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan

3 -Perbaiki diet kamu:

Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli

4- Jauhi minuman berkafein dan beralkohol seperti soda, kopi, teh dan coklat beberapa hari sebelum kedatangan haid. Minuman berkafein mempengaruhi sistem saraf wanita.

5- Mengambil makanan yang berkaborhidrat tinggi beberapa hari sebelum dan semasa haid kerana kajian menunjukkan makanan yang berkabohidrat tinggi boleh membantu penghasilan hormon seroto...nin yang dapat mengurangkan perubahan mood dan gangguan tidur.

6- Melakukan senaman yang lebih agresif dari biasa seperti aerobik, jogging dan lain-lain yang boleh meninggikan jumlah denyutan jantung. Ianya mampu dalam menghasilkan lebih banyak hormon endorfin yang boleh membantu mengurangkan masalah yang dihadapi ketika haid.

7- Mengurangkan tidur ketika haid juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan sengugut.

8- Mengurangkan pengambilan garam dan makanan masin. Mengikut kajian University of Philadelphia, garam boleh menyebabkan penahanan air dan pembengkakan pada perut yang mengakibatkan perut kembung dan sakit.

9- Banyakkan minum susu. Minum sebanyak 1000mg susu sehari dapat membantu mengurangkan kejang perut. Kalsium yang terkandung dalam susu tersebut juga dapat membantu tubuh untuk menghasilkan hormon endorfin yang mampu menenangkan perasaan.


10- Amalkan makan makanan yang mengandungi vitamin B6 seperti hati dan ikan tuna. Vitamin B6 ini telah terbukti dapat membantu mengawal pengeluaran hormon serotonin. Kurangnya pengeluaran hormon ini dapat membantu menjauhkan perasaan tertekan, memulihkan mood serta memulihkan nafsu makan.


Dismenorea boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Ketika ini, mungkin kamu hanya mahu baring sahaja di katil. Kamu mungkin tidak mahu melakukan apa-apa ketika mengalami dismenorea tetapi seeloknya kamu tidak harus membiarkan kesakitan terus menular.

Kamu boleh melakukan perkara-perkara di bawah untuk menolong mengurangkan kesakitan:
  • Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Kamu boleh meminta pertolongan ibu atau kakak untuk membeli pil ini. Ingat antara tanda-tanda dismenorea. Pastikan kamu makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.

  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Perlukah saya ponteng sekolah atau kerja ketika saya mengalami senggugut?


Dismenorea memang menyakitkan. Ia boleh menjadi lebih teruk dan kebanyakan perempuan perlu berehat di rumah dan baring di atas katil untuk sembuh. Ia amat difahami.

Apabila kamu rasa tidak sihat, pastikan kamu beritahu cikgu atau sesiapa di pejabat tentang keadaan kamu. Pastikan kamu bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang tertangguh. Ambil pil penahan sakit sebaik sahaja kamu merasa sakit. Sebiji pil sudah mencukupi.

Tanya orang yang lebih dewasa atau doktor keluarga untuk menolong kamu. Jika sakit semakin berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun kamu sudah mengambil pil penahan sakit, mintalah pertolongan orang lain untuk mendapatkan khidmat doktor.


2 comments:

  1. tuam air panas ketika senggugut mmg best!! =)

    www.mummysayf.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. thanks for this valueable tips...it helped! :)

    ReplyDelete