Saturday, 15 October 2011

KHASIAT LIMAU NIPIS

Limau nipis (Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan.Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan. seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain.

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.


Rasa masam pada limau nipis berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya.


TINGKAT DAYA TAHAN TUBUH

Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau nipis sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

DEMAM

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

BATUK

Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan madu. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak.

SELSEMA

Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

BAU KETIAK 

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
MENGEMPISKAN PERUT

Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan mengemaskan bentuk perut.
PULIH KULIT WAJAH

Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

HILANGKAN BAU KAKI


Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pad kaki.

MEWANGIKAN RAMBUT


Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala.



3 comments: