Thursday, 20 October 2011

MASALAH ANAK SUKAR MAKAN

Kanak – kanak yang dikatakan tidak mahu makan akan mengambil riwayat yang tertentu dari ibu atau bapanya. Kanak – kanak yang sihat biasanya aktif dan rekod tumbesarannya yang dilihat dari carta tumbesaran ( growth chart ) menunjukkan kadar pertumbuhan yang memuaskan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak – kanak itu tidak menunjukkan apa – apa abnormaliti. Ini akan ...meyakinkan doktor yang kanak – kanak itu sihat dan tidak memerlukan apa – apa ujian yang terperinci atau rawatan yang spesifik.

Kebanyakkan kanak – kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan adalah termasuk dalam lingkungan ini. Ibu bapa setelah diyakinkan yang anak – anak mereka tidak menghidap apa – apa penyakit akan dapat mengubahsuaikan cara ‘parenting ‘ yang digunakan supaya lebih positif seperti mengalakkan kanak – kanak memakan makanan yang berzat dan tidak selalu memaksa anak – anak mereka makan.

Sebaliknya seseorang doktor perlu juga mengawasi kanak – kanak yang datang ke klinik kerana dikatakan tidak mahu makan itu untuk memastikan yang dia tidak menghidap sesuatu penyakit. Tanda – tanda seperti demam , timbang berat yang berkurangan , keletihan , pengeluaran najis yang tidak normal seperti yang berdarah , sakit perut , sakit bila kencing dan sebagainya perlu diteliti. Ini mungkin memerlukan pemeriksaan yang terperinci seperti ujian – ujian darah atau pemeriksaan pancaran X untuk mengenal pasti penyakit – penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak – kanak itu.

Kanak – kanak yang dikatakan kurang makan perlu dibawa dari masa ke masa ke klinik supaya kadar tumbesarannya dapat di awasi. Timbang berat serta ukuran tingginya akan dicatatkan pada rajah tumbesarannya. Ibu bapa pula mestilah mengawasi anak – anak mereka di rumah dan melaporkan kepada doktor jika terdapat perubahan pada anak – anak mereka.


Ramai pula ibu bapa yang memberi anak – anak mereka vitamin untuk mendatangkan selera. Lazimnya vitamin ini tidaklah perlu kecuali jika ada tanda – tanda yang anak itu kekurangan vitamin. Tetapi ada kalanya juga ibu bapa mereka memberi “appetizers ” seperti Periactin yang boleh dalam beberapa kes mempengaruhi pusat selera didalam hypothalamus di dalam otak kanak – kanak menyebabkan kanak – kanak itu makan dengan lebih sehingga berat badannya naik. Tetapi lazimnya berat badannya turun naik apabila ubat ini diberhentikan. Pakar – pakar kanak – kanak biasanya tidak menyarankan ubat seperti ini digunakan kerana kebanyakan kanak – kanak yang sihat yang dikatakan kurang berselera akan pulih seleranya tanpa diberi apa – apa rawatan khas.
Cunba gantikan nasi dengan makanan lain seperti pasta @ makaroni contohnya dibuat sup + ayam dan sayur.



No comments:

Post a Comment