Friday, 14 October 2011

MENANGGALKAN KUTIL

Mungkin kewujudannya tidak disedari. Kalau kelihatan pun, mungkin juga ia segera dilupakan kerana disangka tidak memberi apa-apa kesan berpanjangan.


Namun begitu, bagi kes-kes tertentu, kehidupan seseorang boleh berubah kerananya.Perkara yang dimaksudkan itu adalah kutil.


Lebih mendatangkan rasa khuatir adalah apabila kutil dan ketuat ini ditemui di bahagian lain pada tubuh seperti di dada, ketiak, kemaluan, leher dan juga tengkuk.
Kutil yang tumbuh pada kulit lelaki tua mungkin suatu yang dianggap biasa. Namun, kutil yang sama jika tumbuh di muka seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an, ia suatu cabaran kosmetik yang menggemparkan.


Kutil dan ketuat terjadi disebabkan virus papiloma manusia (HPV).


“Ada juga yang bukan disebabkan virus iaitu kutil seborrhoeic yang biasa terjadi pada kulit wajah,” kata Perunding Dermatologi, Pusat Perubatan Pantai Cheras, Kuala Lumpur, Dr. Ruban Nathan.


Walaupun terdapat lebih daripada 100 strain HPV, terdapat beberapa jenis yang lazim terjadi kepada seseorang seperti kutil biasa (verruca vulgaris), ketuat leper (verruca plana) atau ketuat filiform.


“Bergantung kepada sistem ketahanan tubuh dan juga prosedur klinikal untuk menghilangkannya, jangka hayat kutil/ketuat pada permukaan kulit berbeza.


 

“Ada yang akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh beberapa minggu manakala ada yang kekal selama bertahun-tahun ataupun hilang dan muncul kembali,” terang Ruban.


Kutil dan ketuat mungkin bukan suatu masalah jika jumlah bintilnya wujud secara tunggal, sedikit dan tidak terasa sakit atau gatal.


Jika bernasib baik atau dalam erti kata lain sistem imunisasi tubuh dapat merencat pertumbuhannya, ia akan lenyap tanpa disedari.


Namun, ia bukan lagi satu perkara main-main jika kutil atau ketuat itu mengalami perubahan secara fizikal hingga membuatkan kulit kemerah-merahan, membengkak ataupun bintil-bintil kasar itu semakin merebak dan menyebabkan rasa gatal.


Sekarang ada beberapa produk seperti krim untuk menanggalkan kutil tapi harganya agak mahal.

Di sini ada 2 cara tradisional untuk menghilangkan kutil :



1. Sapukan sedikit getah betik yang diambil daripada pucuk betik, kemudian sapukan pada leher. Amalkan setiap hari. Memang ambil masa sikit tapi InsyaAllah sekiranya rajin, kutil akan tanggal.


2. Sapu kapur sirih pada kutil. Lama kelamaan ia akan mengering dan akan gugur sendiri. Tapi haruslah rajin menyapunya.

3 comments:

  1. sy mgalami masalah kutil d bahagian muka... dan ini menyebabkan sy merasa krg yakin tentang penampilan diri , diharap petua yg diberikan diatas dpt membntu sy...

    ReplyDelete
  2. Trima kasih atas petua yg diberikan. Mmg benar kutil mula tumbuh di muka dan sekitar leher sejak saya berusia 40an. Walaupun hanya sedikit tp saya rasa kurang selesa. Saya akn cuba petua ini , harap berjaya.

    ReplyDelete
  3. Leher sy mula ditumbuhi kutil pd usia 50an. Skrg ni terasa gatal dan sakit. Ini mengganggu sy.

    ReplyDelete