Saturday, 15 October 2011

TIPS JIKA KULIT TERKENA SUNBURN

Bagi mereka yang menjalankan aktiviti di tengah panas matahari, di sini ada beberapa petua untuk mereka yang terkena "sunburn" :

LIDAH BUAYA

Lendir lidah buaya yang segar dari daunnya merupakan ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan kesan terbakar matahari. Potong daun lidah buaya dan sapu pada tempat yang ada kesan terbakar. Ia akan melegakan kulit muka.

TIMUN DAN TOMATO


Ambil hirisan timun atau tomato yang telah disejukkan dan letakkan pada kawasan yang terkena panahan matahari. Astrigen semula jadi dalam jus kedua-dua jenis sayur ini membantu meredakan kesakitan dan menghilangkan kesan kemerahan akibat kulit yang terbakar.

YOGURT

Pastikan jangan pula sapukan yogurt berperisa pada kulit. Ambil yogurt asli dan ratakan pada kulit yang terkena panahan matahari. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air sejuk. lap sehingga kering dengan perlahan-lahan.

KENTANG

Ambil sebiji kentang, di cuci bersih kemudian di kukus hingga empuk/lembut. Tak perlu membuang kulit kentang tersebut. Selepas itu lenyek kentang sampai lumat dan sapu pada kulit wajah yang terbakar. Pasti anda akan merasa nyaman dan segar.




No comments:

Post a Comment