Thursday 13 October 2011

TPIS BERHENTI MEROKOK

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok.

Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

MENGAPA HARUS BERHENTI MEROKOK?


Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:

•  Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.


•  Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

•  Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.

•  Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.

•  Mendapat asma.

APAKAH FAEDAH YANG DIPEROLEHI DENGAN BERHENTI MEROKOK?



Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.

Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

•  Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

•  Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

•  Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.

•  Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.

•  Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.

•  Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.

•  Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.

•  Meningkatkan deria bau dan rasa.

•  Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.

•  Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.

•  Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

•  Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.

•  Meningkatkan kesuburan.

•  Meningkatkan tahap 'kelelakian'.

BAGAIMANA HENDAK BERHENTI MEROKOK?


Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

•  Tetapkan tarikh untuk berhenti.

•  Yakin diri.

•  Buatkan nota peringatan.

•  Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".

•  Sentiasa berfikiran positif.

•  Dapatkan sokongan.

•  Gunakan terapi penganti nikotin.

1. Melengah-lengah


Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Menarik Nafas Panjang



Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak



Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu



Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu



Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan



Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan



Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa



Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.




No comments:

Post a Comment