Thursday, 13 October 2011

TIPS UNTUK LEBATKAN RAMBUT DAN MENGATASI RAMBUT GUGUR


Ada banyak punca yang menyebabkan rambut mudah gugur, selain dari faktor usia yang semakin bertambah.

::  Genetik.
::  Tekanan kerja yang teruk.
::  Diet yang teruk.
::  Faktor hormon
::  Masalah tempurung rambut.
::  Putus haid
::  Selepas bersalin (bagi wanita).
::  Penyakit tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga bolehmenyebabkan keguguran rambut.
::  Demam, jangkitan dan selesema yang serius.
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
::  Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan. Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
::  Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
::  Rawatan kanser. Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

PETUA 1 :

Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa.

PETUA 2:

Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.

PETUA 3:

Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

PETUA 4:

Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.
PETUA 5:

Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar minyak bijan
2 biji telur
2 sudu besar santan asli
2 sudu besar minyak kelapa

CARANYA:

1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.


4 comments:

  1. banyak juga petua untuk rambut gugur ni ye. Saya mhon share ni blog saya, ummitiqah.com :-)

    ReplyDelete

  2. Assalam , Wah ... Memang menarik perkongsian puan ini . Memang betul , banyak cara nak atasi masalah rambut gugur ni kan ? Ada juga Tips Mengatasi Masalah Rambut Gugur Dengan Selamat Dan Berkesan ataupun bagi yang mengalami masalah rambut gugur , anda boleh whatsapp saya +60107096284 Aini untuk mengatasi masalah anda .Saya akan membantu anda memiliki rambut yang lebat dan sihat In Sha Allah :)

    ReplyDelete

  3. Assalam , Wah ... Memang menarik perkongsian puan ini . Memang betul , banyak cara nak atasi masalah rambut gugur ni kan ? Ada juga Tips Mengatasi Masalah Rambut Gugur Dengan Selamat Dan Berkesan ataupun bagi yang mengalami masalah rambut gugur , anda boleh whatsapp saya +60107096284 Aini untuk mengatasi masalah anda .Saya akan membantu anda memiliki rambut yang lebat dan sihat In Sha Allah :)

    ReplyDelete
  4. Lidah buaya dan bunga raya memang terkenal dengan khasiatnya untuk rambut. Saya juga ada mengamalkan Tips Atasi Rambut Gugur

    ReplyDelete