Thursday 13 October 2011

SOLAT SUNAT DHUHA DAN FADHILATNYA

Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Mohd saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:

1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan

2. Solat Dhuha

3. Solat sunat Witir sebelum tidur


Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda :

Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Hadis ketiga: Sabda Nabi saw :

Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda:

 Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.

Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain. Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.


Cara Solat Dhuha:

1.Pada rakaat pertama selepas Fatihah baca surah AsSham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah AdDhuha.

2. Pada rakaat pertama selepas Fatihah baca surah AdDhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Al Ikhlas

3. Yang tebaik selepas Fatihah rakaat pertama baca ayat Kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas Fatihah baca surah Al-Ikhlas 10x juga.



Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

No comments:

Post a Comment